Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ming.gu] | ميڠݢو

Definisi : 1. = hari ~ hari Ahad; 2. tujuh hari, pekan: se~ yg lalu, dua orang lagi pemuda Melayu telah ghaib entah ke mana; berminggu-minggu beberapa minggu, banyak minggu (lamanya dsb): bukannya sehari dua, malah ~ lamanya; mingguan 1. (berlaku atau diadakan) setiap minggu: Tengku berkata demikian setelah menghadiri sidang kabinet ~ yg diadakan di bangunan Parlimen hari ini; 2. (diter­bitkan) setiap minggu (bkn akhbar, majalah dsb): dia menunduk, mengambil akhbar ~ yg terbiar di atas lantai, lalu duduk di kerusi; seminggu-mingguan sepanjang minggu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ming.gu] | ميڠݢو

Definisi : 1 = hari ~ hari Ahad. 2 masa atau tempoh selama tujuh hari; pekan: Ia ke Pulau Pinang selama dua ~. mingguan 1 tiap-tiap minggu; seminggu sekali. 2 majalah dll yg terbit sekali seminggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minggu (kata nama)
Bersinonim dengan tujuh hari, pekan;,
Kata Terbitan : berminggu-minggu,

Puisi
 

Hari Ahad minggu Belanda,
     Kapitan Cina bergelang kaki;
Cuba ditanya pengubat lama,
     Bolehkah tidak kembali lagi.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
temu tiko[t:«.mu t:i.k] genap, cukup, penuh, contohnya satu minggu, satu bulan dan lain-lain.Diyo gi Kolo Lupo, temu tiko sbule doh.[di.j gi k:.l lu.po t:«.mu t:i.k sbu.lE dh]Dia pergi ke Kuala Lumpur sudah genap sebulan.
jeremo[dZ«.Ä«.m]kata kerjaterserempak.Kawe jeremo denge rima dale ute, maso gi buru menggu lepah.[kA.wE dZ«.Ä«.m d«.NE Äi.mA dA.lE u.tE mA.s gi b:u.Äu mEN.gu l«.pAh]Saya terserempak dengan harimau semasa berburu di hutan minggu lepas.
juwok[dZ:u.w/]kata kerjaterserempak; jeremo.Kawe juwok denge rima dale ute, maso gi buru menggu lepah.[kA.wE dZ:u.w/ d«.NE Äi.mA dA.lE u.tE mA.s gi b:u.Äu mEN.gu l«.pAh]Saya terserempak dengan harimau di hutan semasa berburu minggu lepas.
cendeng[tS:«n.deN]kata kerjarintangan semasa melakukan sesuatu pekerjaan atau majlis, halangan.Maso diyo bekwoh nikoh anok diyo menggu lepah, banyok bena cendeng hok jadi.[mA.s di.j b:E/.wh n:i.kh A.n/ di.j mEN.gu l«.pAh bA.ø/ b«.nA tS:«n.deN h/ dZ:A.di]Semasa dia mengadakan kenduri kahwin anak dia minggu lepas, banyak sangat halangan yang berlaku.

Kembali ke atas