Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.ma] | نام

Definisi : 1 panggilan atau sebutan bagi orang, barang, tempat dll: ~ kakak saya Salmah. Apa ~ benda yg kaupegang itu? 2 maruah; kemasyhuran: ~nya telah rosak telah hilang maruahnya. ~ baik kehormatan; maruah. ~ batang tubuh nama diri yg sebenarnya (bukan nama samaran dll). ~ cembung (timangan) nama yg digunakan bagi diri seseorang utk menyatakan kekariban (sayang atau manja). ~ log masuk ist nama unik yg diberikan bagi setiap akaun komputer utk mengenali seseorang pengguna komputer semasa memulakan penggu­na­an sistem atau rangkaian komputer. ~ pena nama yg bukan nama sebenarnya yg digunakan oleh penulis (penyajak dsb) pd karyanya. ~ samaran nama utk menyembunyikan nama sebenar. bernama 1 mempunyai atau memakai nama: Akulah yg ~ Taming Sari. 2 mendapat nama; terkenal; masyhur: Baginda telah memanggil seluruh tabib yg ~ utk mengubati puterinya. menamai memberikan nama kpd; membubuh nama pd; menggelar seseorang: Dia ~ anaknya Adli. menamakan 1 mem­berikan sesuatu gelaran sbg nama; menjadikan sesuatu sbg nama: Dia ~ Adli kpd anaknya. Orang Melayu telah ~ tir bagi buah catur yg berbentuk spt kota. 2 mencalonkan seseorang (utk bertanding dlm pilihan raya dll); mencadangkan atau memberikan nama seseorang sbg wakil (calon dsb): Mereka ~ beberapa orang calon dlm pemilihan itu. ternama dikenali ramai; termasyhur; terkenal: Picasso ialah pelukis yg ~. kenamaan 1 dihormati dan disegani (kerana kepintaran, kepandaian dsb): ahli bahasa yg ~. 2 berpangkat ting­gi; besar (bkn orang, pegawai dll): Mereka itu anak orang-orang besar dan ~. penamaan perbuatan (hal dsb) menamai atau menamakan. penama 1 orang yg membubuh nama atau yg mencalonkan; pencadang. 2 orang yg dinamakan sbg waris (pemegang kuasa dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,

Puisi
 

Pokok melati sedang naik,
     Daunnya hilang subur dan sihat;
Biar mati nama yang baik,
     Jangan mati nama yang jahat.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Gajah mati meninggalkan tulang,
     harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama.

Bermaksud :

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mugo[mu.g]kata namaganti nama untuk benda, barang, perkara, binatang, orang.   
kekmo[kE/.m]kata namaganti nama diri pertama (bagi penduduk daerah Labok), saya.Kalu demo nok beli gak, kekmo buleh juwa.[kA.lu dE.m n/ b«.li gA/ kE/.m bu.leh dZu.wA]Kalau kamu nak beli, saya bolehlah menjualnya.
kawe[kA.wE]kata namaganti nama diri pertama, saya, aku.Kawe nok gi keda smeta.[kA.wE n/ gi k:«.dA sm«.tA]Saya nak pergi ke kedai sebentar.
lakong I nama[l:A.kN]kata namaperangai, kelakuan.Lakong budok loni mace-mace.[l:A.kN bu.d/ l:.ni mA.tSE.mA.tSE]Perangai budak-budak sekarang berbagai-bagai.
wo[w]kata namanenek.Diyo saye sangak ko wo diyo tu.[di.j sA.jE sA.NA/ k w di.j tu]Dia sayang sangat pada neneknya tu.
sta[stA]kata namakundang, Bouea macrophylla.   
sa[sA]kata namasejenis lembing yang digunakan untuk menikam kelapa.Ayoh ambek sa nok gi pripong nyo blake rumoh.[A.jh Am.be/ sA n/ gi pÄi.poN ø blA.kE Äu.mh]Ayah ambil sar nak menghimpun kelapa di belakang rumah.
reng[ÄeN]kata namatenaga, kudrat.Reng diyo kuak pado ore laeng, pasa diyo make makjong.[ÄeN di.j ku.wA/ pA.d .ÄE lAeN pA.sA di.j mA.kE mA/.dZoN]Tenaga dia lebih kuat daripada orang lain sebab dia makan makjun.
mek[mE/]kata nama1.      panggilan untuk budak perempuan.   
meh[mEh]kata namarupa, iras.Diyo ado meh mok diyo.[di.j A.d mEh m/ di.j]Dia ada iras emaknya.
12345678910...

Kembali ke atas