Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg sudah tua; b) ibu bapa; c) = ~ tua-tua orang yg dianggap tua (bijak dan berpengalaman) dlm kampung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) orang yg sudah lanjut usianya; b) ayah; c) ibu bapa; d) kepala keluarga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. orang yg sudah tua. b. ibu bapa. c. = ~ tua-tua orang yg dianggap tua dan berpengalaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Orang tua pandai menilik,
     Singgah bermalam di Kampung Cina;
Kalau asal buah yang baik,
     Mengkal masak manis rasanya.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Adat tua menahan ragam.

Bermaksud :

Orang tua-tua terpaksalah menahan (menderita) berbagai-bagai godaan yang tak menyenangkan hati kerana perbuatan anak cucunya yang tiada berjalan di atas kebenaran.

 

Lihat selanjutnya...(44)

571

Don't teach your grandmother to suck eggs

Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita

Orang tua jangan diperut seperti rotan, dululah dia merasa garam

''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested.

''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Orang tua jangan diperut seperti rotan, dululah dia merasa garam. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tekek[t:E.kE/]kata kerjaberkembar dan melekat.Ore tuwo kato, ore tino tok leh make pise hok tekek.[.ÄE tu.w kA.t .ÄE t:i.n t/ leh mA.kE pi.sE h/ t:E.kE/]Mengikut kata orang tua, orang perempuan tak boleh makan pisang yang melekat.
kese[k:E.sE]kata kerjaberjalan perlahan-lahan.Ore tuo tu kese tepi tanggo.[.ÄE tu.w tu k:E.sE t:«.pi tAN.g]Orang tua tu berjalan perlahan-lahan di tepi tangga.
celobe[tS«.l.bE]kata adjektifberkenaan baju atau kain yang koyak rabak.Ore tuo tu paka baju celobe jah.[.ÄE tu.w tu pA.kA bA.dZu tS«.l.bE dZAh]Orang tua itu memakai baju yang koyak rabak sahaja.
nyek-nyek[øE/.øE/]kata adjektifberkenaan pergerakan berulang yang agak lambat.Ore tuo tu nyek-nyek jale nok gi keda.[.ÄE tu.w tu øE/.øE/ dZ:A.lE n/ gi k:«.dA]Orang tua tu berjalan lambat-lambat pergi kedai.
   2. lemah lembut, sopan santun.Kecek tu bia lendek sikik gak denge ore tuo ni.[k:E.tSE/ tu bi.jA l«n.de/ si.ki/ gA/ d«.NE .ÄE tu.w ni]Bercakap tu biarlah bersopan santun sikit dengan orang tua.
sopeng[s.pEN]kata adjektifberkenaan pinggan dan lain-lain yang sumbing.Ore tuwo kato, pingge sopeng tok leh guno wak make nasik.[.ÄE tu.w kA.t piN.gE s.pEN t/ leh gu.n wA/ mA.kE nA.si/]Orang tua kata, pinggan sumbing tak boleh digunakan untuk makan nasi.
pado[pA.do]kata adjektifmengambil perhatian akan sesuatu (seperti nasihat, kata-kata), endah akan, peduli.Kito anok ni, keno pado kato ore tuo.[ki.t A.n/ ni ke.n pA.do kA.t .ÄE tu.w]Kita sebagai anak ni, kena ambil perhatian nasihat orang tua.
cepelak[tS«.p«.lA)/]kata adjektifcelupar.Mulok mung tu jange dok cepelak sangak gak depe ore tuo, tok molek nengok.[mu.lo/ muN tu dZA.NE do/ tS«.p«.lA)/ sA.NA/ gA/ d:«.pE .ÄE tu.w t/ m.lE/ n:E.N/]Mulut kamu jangan terlalu celupar sangat depan orang tua, tak elok dipandang.
berik[b«.Äi/]kata adjektifberkenaan saiz orang, pohon dan lain-lain yang tidak besar, kerdil, bantut, terencat.Diyo tu napok jah berik, tapi omo tuo doh.[]Dia tu nampak saja kerdil, tapi umurnya dah tua.

Kembali ke atas