Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.gi] | ڤاݢي

Definisi : waktu selepas matahari terbit (kira-kira dr pukul enam hingga pukul sepuluh): sarapan ~; ia pergi ~ tadi; ~ petang tiap-tiap pagi dan petang; usahlah teman dimandikan ~ prb janganlah dipermainkan dgn pujian yg berlebih-lebihan; sepagi, sepagian sepanjang (seluruh) pagi: ~ itu, sesudah kejadian malam itu, tidak demikian lakunya; pagi-pagi 1. pagi benar (kira-kira pukul enam), pagi sekali: ~ ia pergi ke pasar; 2. terda­hulu drpd waktunya, awal lagi: pergilah ~ supaya tentu dapat bas; ~ buta (hitam) pagi­-pagi sekali; kepagian 1. terlalu pagi, pagi benar; 2. terlalu awal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.gi] | ڤاݢي

Definisi : sebahagian drpd waktu dlm satu hari, iaitu selepas tengah malam sehingga tengah hari: Mereka telah pulang ke kampung pd pukul 8.00 ~ tadi. ~ buta pagi benar; sebelum matahari terbit. pagi-pagi 1 waktu pagi benar; pagi sekali: ~ lagi, dia sudah bangun. 2 lebih awal drpd waktunya; awal-awal lagi: Kalau takut kehabisan tiket, pergilah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pagi (kata nama)
Bersinonim dengan subuh, fajar, dinihari, siang, sambat, parak siang;,
Kata Terbitan : sepagian, sepagi-pagian, pagi-pagi,

Puisi
 

Pagi-pagi menanam selasih,
     Selasih ditanam di hujung serambi;
Bagailah mana hati tak kasih,
     Kerana tuan baik budi.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Seperti ayam makan rumput.

Bermaksud :

Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bretoh[bÄ«.toh]kata kerjatidur yang berpanjangan (pada waktu siang).Jok pagi sapa ke pete diyo dok bretoh.[dZ/ p:A.gi sA.pA k« p«.tE di.j do/ bÄe.toh]Dari pagi sampailah ke petang dia tidur.
derak[d:«.ÄA/]kata kerjaberjalan-jalan tanpa tujuan.Mae gi derak jok pagi takdi lagi.[mA.E gi d:«.ÄA/ dZ/ p:A.gi tA/.di lA.gi]Mail pergi berjalan-jalan sejak pagi tadi lagi.
mewo[mE.w]kata adjektifbebal, dungu.Mung ni mewo, aku suroh gi pagi mung gi pete.[muN ni mE.w Aku su.Äoh gi pA.gi muN gi p«.tE]Kamu ni bebal, aku suruh pergi pagi, kamu pergi petang.
gocoh[g.tSh]kata kerjamemukul dengan menggunakan tangan, menumbuk, meninju.Mae gocoh Mamak sapa tok kaba pagi takdi.[mA.E g.tSh mA.mA/ sA.pA t/ kA.bA pA.gi tA/.di]Mail menumbuk Mamat hingga pengsan pagi tadi.
luga[lu.gA]kata namasakit perut kerana lapar.Luga beraso ari ni, tok make nasik jok pagi.[lu.gA b«.ÄA.s A.Äi ni t/ mA.kE nA.si/ dZ/ p:A.gi]Rasa sakit perut hari ni, sebab tak makan nasi sejak pagi lagi.
gayo[gA.j]kata kerjamenggunakan kata-kata manis dengan tujuan memikat hati, memujuk.Acu gayo gak adek mung tu, ngaju jok pagi lagi.[A.tSu gA.j gA/ A.de/ muN tu N:A.dZu dZ/ p:A.gi lA.gi]Tolong pujuklah adik kamu tu, merajuk dari pagi lagi.
cerek-cerek[tS«.ÄE/.tS«.ÄE/]kata adjektifberkenaan hujan dalam keadaan renyai-renyai dan berterusan.Pagi takdi ayoh tok leh gi noreh sebak uje cerek-cerek jok semale lagi.[pA.gi tA/.di A.jh t/ lEh gi n:ÄEh s«.bA/ u.dZE tS«.ÄE/.tS«.ÄE/ dZ/ s«.mA.lE lA.gi]Pagi tadi ayah tak dapat pergi menoreh sebab hujan renyai-renyai sejak malam semalam lagi.
nyetok[ø:E.t/]kata namasejenis penyakit yang datang dengan tiba-tiba menyebabkan anggota menjadi kaku, kejang dan lain-lain.Mok Teh tok leh nok wak gapo ari ni, pasa nyetok orak pagi takdi.[m/ teh t/ leh n/ wA/ g:A.p A.Äi ni pA.sA ø:E.t/ .ÄA/ pA.gi ttA/.di]Mak Teh tak dapat melakukan sesuatu hari ni, kerana tersalah urat pagi tadi.

Kembali ke atas