Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.kaian] | ڤاکاين

Definisi : 1. sesuatu yg dipakai (baju, seluar, kasut, dll); 2. sesuatu yg biasa digunakan (di­lakukan), amalan, kebiasaan: mencarut, memaki, memanglah ~nya; silat pencak serta tipu peperangan ~ sekalian raja besar-besar; ~ adat pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat; ~ angkatan pakaian kebesaran (rasmi) yg lengkap; ~ basahan pakaian biasa yg dipakai hari-hari (utk bekerja dll); ~ dunia (hidup) adat kebiasaan dunia (hidup); ~ kebesaran pakaian yg dipakai pd majlis-majlis rasmi; ~ kuda alat perkakas atau abah-abah kuda (tali kekang dll); ~ seragam pakaian yg serupa (polis, tentera, dll); ~ siap pakaian yg dibuat mengikut ukuran standard dan bukan mengikut ukuran individu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.kaian] | ڤاکاين

Definisi : 1 apa-apa (spt baju, seluar) yg dipakai di badan: Perajurit-perajurit itu berbaris di padang dan berjalan di jalan raya dgn ~ yg bersih dan kemas. 2 sesuatu yg biasa dilakukan atau diamalkan; amalan: Pencak silat merupakan ~ segala hulubalang Melayu. ~ basahan pakaian yg dipakai sehari-hari. ~ dunia (hidup) adat yg menjadi kebiasaan. ~ kebesaran pakaian yg dipakai di majlis-majlis rasmi. ~ seragam pakaian (spt pakaian tentera, pengakap) yg sama warna dan potongannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Baju kurung pakaian asli,
     Turun-temurun bangsa Melayu;
Lagi cantik bertambah seri,
     Dipandang lama rasa tak jemu.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga.

Bermaksud :

Pakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pecakp«.tSA/]kata kerjamenanggalkan (pakaian, kasut dan lain-lain), membuka.Tulong gi pecak baju tu, busuk kohong.[tu.loN gi p«.tSA/ bA.dZu tu bu.su/ k:.hoN]Tolong pergi tanggalkan baju tu, baunya terlalu busuk.
klaring[klA.ÄiN]kata adjektifberkenaan pakaian, muka dan lain-lain yang berselaput dengan kotoran.Gi basoh gak muko tu, napok klaring jah.[bA.dZu muN ni b:Au k/.uh t/ ÄA.dZeN bA.soh k]Baju kamu ni berbau hapak, tak pernah basuhkah?
kiyak[ki.jA/]kata adjektifberkenaan pakaian yang sendat.Kiyak sunggoh sluwa ni, nok jale pong susoh.[ki.jA/ suN.goh slu.wA ni n/ dZ:A.lE poN su.sh]Ketat sungguh seluar ni, nak berjalan pun susah.
jangok[dZA.N/]kata adjektifberkenaan perhiasan atau pakaian dalam keadaan sangat menarik apabila dipandang.Sekak krijo kolupo ni, Mek Nah jangok sokmo.[s«.kA/ kÄi.dZ k.lu.po ni mE/ nAh dZA.N/ s/.m]Sejak kerja di Kuala Lumpur ni, Mek Nah sentiasa cantik.
samo sendak[sA.m s«n.dA/] berkenaan dengan pakaian yang bersesuaian, berpadanan.Baju ni samo sendak doh denge mung.[bA.dZu ni sA.m s«n.dA/ dh d«.NE muN]Baju ni dah sesuai dengan kamu.
petik sawo[p:«.ti/ sA.w] bintik-bintik hitam pada pakaian.Baju mung napok petik sawo, tok basoh koh?[bA.dZu muN nA.p/ p:«.ti/ sA.w t/ bA.sh kh]Baju kamu nampak berbintik-bintik hitam, tak basuhkah?
nilek[n:i.le/]kata kerjaberdandan diri (bagi perempuan) dengan pakaian (barang kemas dan lain-lain) supaya kelihatan cantik, berhias.Lamo teh dok nilek, bo bo la.[lA.m tEh do/ n:i.le/ b: b: lA]Sudah lama kamu berhias, sudah-sudahlah tu.

Kembali ke atas