Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pas.ti] | ڤستي

Definisi : tidak salah lagi, tidak boleh tidak, tentu; belum ~ belum nyata, belum tentu; ilmu ~ ilmu hisab; kurang ~ kurang nyata (jelas), tidak tahu benar-benar; memastikan menyatakan dgn pasti, menen­tukan (menetapkan) dgn pasti: yg dapat dipastikan hanyalah badannya amat tegap; seseorang pemberita mesti ~ dahulu fakta-faktanya; kepastian perihal pasti, ketentuan: aku tercengang mendengar ~ yg tidak tertolak itu; Dato’ Ujang sudah berani membuat ~ bahawa perempuan itu sudah berubah sikapnya; ketidakpastian perihal atau keadaan tidak pasti, ketidaktentuan: kemungkinan sesuatu menjadi salah atau menjadi benar tentulah mewujudkan ~ dan keraguan; pemastian perbuatan memastikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pas.ti] | ڤستي

Definisi : tidak salah lagi; tidak boleh tidak; tentu: Kita ~ akan berjaya. memastikan menentukan sesuatu dgn pasti; mengatakan dgn pasti: Kita tidak dpt ~ pasukan mana yg akan menang. kepastian hal pasti; ketentuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasti (adjektif)
Bersinonim dengan tentu, mesti, sah, sahih, tidak boleh tidak, nescaya, yakin, percaya, sabit, nyata, terang, muktamad, positif, definitif, tepat, betul, benar;,
Kata Terbitan : memastikan, kepastian, pemastian,

Peribahasa

Pecah menanti sebab,
     retak menanti belah.

Bermaksud :

Sesuatu yang sudah pasti akan berlaku.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cerak II[tS«.ÄA/]kata tugaspasti, jelas.Mung tok soh dok arak sangak, cerak tok jadi gi denu ari ni.[muN t/ sh do/ A.ÄA/ sA.NA/ tS«.ÄA/ t/ dZA.di gi d:«.nu A.Äi ni]Kamu janganlah berharap sangat, pasti tak jadi pergi ke sana hari ni.
umbak[um.bA/]kata namatempat yang tidak pasti, kawasan.Aku letok bok mung tu kok umbak ni la sakni.[A.ku l«.t/ bo/ muN tu ko/ um.bA/ ni lA sA/.ni]Saya letak buku awak tu di kawasan inilah tadi.

Kembali ke atas