Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 segala jenis tumbuh-tumbuhan: ~ pisang; ~ keladi; ~ beringin. 2 bahagian tumbuh-tumbuhan dr pangkal hingga ke pucuk: Jika akarnya dikerat, ~ tentu mati. 3 ki sesuatu yg terpenting atau yg terutama; sesuatu yg menjadi asas: Dlm hal ini, ~nya, kita perlu bekerja keras. 4 modal dlm sesuatu perniagaan: Jika tiap-tiap bulan termakan ~, bila kedai akan maju? ~ angin awan yg bergumpal-gumpal di kaki langit alamat ribut akan turun. ~ hujan mendung yg tebal menandakan hari akan hujan. ~ jalar (rayap) pokok yg menjalar di permukaan tanah (pd tunggul kayu dsb) spt keledek, tembikai. ~ kata, = kata ~ kata dasar yg belum diberi imbuhan. ~ pagar pokok yg ditanam berbaris spt pagar. ~ pangkal hal-hal atau sebab yg terpenting. ~ panjat (lilit) jenis tumbuh-tumbuhan yg hidupnya berpaut pd pokok atau pd benda lain. ~ pembicaraan (cerita) perkara yg dibicarakan (diceritakan). ~ penanti pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dgnnya dlm proses cantuman. ~ renek jenis pokok kecil yg batangnya berteras. ~ tirus jenis pokok malar hijau yg mengeluarkan kon, spt pain, fir. berpokok berasas (pd); berdasar (pd). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pokok (kata nama)
Bersinonim dengan pohon, tumbuhan, tumbuh-tumbuhan, semak, samun, flora;,
Kata Terbitan : berpokok,

Puisi
 

Pokok rumbia pokok dedap,
     Manakan sampai si pokok jambu;
Sedangkan lebai lagikan tersilap,
     Inikan pula kurang ilmu.


Lihat selanjutnya...(126)
Peribahasa

Dilihat galas berlaba,
     dihitung pokok termakan.

Bermaksud :

Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jeteh[dZ«.tE)h]kata namatunas pokok.Pokok hok baru tebe tu tumboh jeteh pulok.[p.k/ h/ bA.Äu t:«.bE tu tum.boh dZ«.tE)h pu.l/]Pokok yang baru ditebang tu keluar tunas semula.
rukah[Äu.kAh]kata kerjamemanjat dinding, pokok dan lain-lain.Jange rukah pokok tu, nati jatoh.[dZA.NE Äu.kAh p.k/ tu nA.ti dZA.toh]Jangan panjat pokok tu, nanti jatuh.
carok[tSA.č/]kata adjektifberkenaan pokok berbatang lembut dalam keadaan digenangi air sehingga menyebabkan mati.Pokok betek hok carok tu tumbe doh.[p.k/ b«.te/ h/ tSA.č/ tu tum.bE dh]Pokok betik yang digenangi air tu dah tumbang.
besa jreguk[b«.sA dZÄ«.gu/] amat besar.Pokok tengoh pade tu besa jreguk.[p.k/ t«.Nh pA.dE tu b«.sA dZÄ«.gu/]Pokok di tengah padang tu amat besar.
   2. hinggap.Burong le tu jak atah pokok, bokte nok ita aye.[bu.ÄoN l:E tu dZ:A)/ A.tAh p.k/ b/.tE n/ i.tA A.jE]Burung helang tu hinggap di atas pokok kerana nak intai ayam.
bokeh[b.kEh]kata kerjamencabut pokok besar berserta akar-akarnya sekali.Ayoh dok bokeh pohong temesu depe rumoh.[A.jh do/ b.kEh p.hoN t«.m«.su d:«.pE Äu.mh]Ayah sedang mencabut pokok tembusu depan rumah.
gondeng[g:n.dEN]kata adjektifberkenaan sarang lebah dalam keadaan bergantung, bergayut pada dahan.Sare tebuwe tu dok gondeng pokok paoh.[sA.ÄE t«.bu.wE tu do/ g:n.dEN p.k/ pAoh]Sarang tebuan tu tergantung pada pokok mempelam.
greleng[gÄ«.lEN]kata kerjamembuang kulit di sekeliling bahagian tertentu pada binatang atau tumbuhan.Kalu nok anggo pokok, kito keno greleng kulek dulu baru[kA.lu n/ AN.go p.k/ ki.t k«.n gÄ«.lEN ku.le/ du.lu bA.Äu bA.Äo/]Kalau nak anggur pokok, kita kena kelar kulitnya dulu, kemudian baru dibalut.
nondeng[n:n.deN]kata kerjamemegang kepada sesuatu dengan keadaan kaki tergantung-gantung (tentang manusia, binatang), bergayut.Kero tu dok nondeng atah pokok getoh.[k«.č tu do/ n:n.deN A.tAh p.k/ g«.th]Kera tu sedang bergayut di atas pokok getah.
klotong[kl.tN]kata adjektifberkenaan durian, kelapa dan lain-lain yang telah ditebuk dan dimakan isinya oleh binatang.Dreye atah pokok klotong abih nyo tebok tupa.[dÄ«.jE A.tAh p.k/ kl.tN A.bih ø t«.bo/ t:u.pA]Durian di atas pokok kelontong, habis ditebuk tupai.
12

Kembali ke atas