Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.yur] | سايور

Definisi : 1. tumbuhan atau daun-daunan yg boleh dimakan (paku, sawi, dll): Din pergi ke pasar membeli ~; 2. masakan drpd sayur (daun-daunan, buah, dsb, biasanya diberi berkuah): kegemaran patik semua orang Melayu makan ~ kangkung; spt ~ dgn rumput prb hal keadaan yg tidak sama (banyak perbezaannya); menyayur 1. memasak sayur: Mak Andeh pun baliklah lalu bertanak dan ~; 2. = menyayurkan memasak jadi sayur: Si Tanjung pun tidaklah lengah lagi menanak nasi dan ~ pucuk cemperai; disuruhnya sayurkan kang-kung itu; sayur-mayur, sayur-sayuran, sayuran ber-macam-macam (berjenis-jenis) sayur: biarlah hamba randaukan dahulu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.yur] | سايور

Definisi : 1 tumbuh-tumbuhan atau daun-daunan spt sawi (kangkung, bayam) yg boleh dimakan. 2 masakan drpd sayur 1 yg biasanya dibuat berkuah: ~ kangkung. menyayur memasak sayur: Ibu sedang menanak nasi dan ~. menyayurkan memasak sesuatu men­jadi sayur: ~ pucuk paku. sayur-mayur, sayur-sayuran, sayuran bermacam-macam jenis sayur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sayur

Puisi
 

Sayur ubi sayur keladi,
     Mari ramu punca kain;
Tuan berbini saya berlaki,
     Sama-sama mencari lain.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput.

Bermaksud :

Jika hendak hidup rukun, berilah layanan yang baik kepada anak isteri sendiri. (Bandingkan dengan: Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rong[čN]kata namabatas yang dibina untuk menanam ubi keledek, sayur-sayuran dan lain-lain.Ayoh dok buwak rong, nok tane ubi stelo.[A.jh do/ bu.wA/ čN n/ tA.nE u.bi stE.l]Ayah sedang membuat batas untuk tanam ubi keledek.
sake[sA.kE]kata namabanyak.Sake mung beli sayo ari ni.[sA.kE muN b:«.li sA.jo A.Äi ni]Banyak kamu beli sayur hari ni.

Kembali ke atas