Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.lah] | سبله

Definisi : pelbagai jenis ikan laut, sisa nabi, Arnoglossus spp., Pardachirus spp., Samaris spp., Solea spp., dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut, a) Pseudorhombus arsius; b) Pseudorhombus javanicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : 1. setengah, separuh, seperdua, sebahagian (drpd sepasang, dua benda): beri aku nyiur ~; cinta itu tidak datang dr ~ sahaja; 2. bahagian, jurusan, arah: pd ~ petang; orang tuanya tinggal di ~ hilir; 3. dekat, samping: orang ~ (rumah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : 1 sebahagian atau salah satu benda yg berpasangan; setengah; separuh: Beri aku buah limau itu ~. 2 arah yg menunjukkan tempat; jurusan; bahagian: Taman Negara terletak di ~ utara negeri Pahang. 3 tempat yg hampir dgn; dekat; samping: Dia duduk di ~ saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelah

Puisi
 

Sebelah tangan jari lima,
     Dua tangan jari sepuluh;
Niat hati tanam delima,
     Sampai masa peria tumbuh.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Bagai perahu karam sebelah.

Bermaksud :

Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).

 

Lihat selanjutnya...(19)

291

Nothing venture, nothing win

Kita tidak akan tahu sejauh mana kemampuan kita dalam sesuatu perkara selagi kita tidak mencubanya.

Belum cuba belum tahu

At first, I didn't think that I could climb this mountain with one leg but, nothing venture, nothing win .

Pada mulanya, saya tidak fikir yang saya mampu mendaki gunung ini dengan sebelah kaki, tetapi kata orang, belum cuba belum tahu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
reyok[ÄE.j)/]kata adjektiftinggi sebelah, senget, miring.Aku napok kaeng mung reyok bowoh.[A.ku nA.p/ kAeN muN ÄE.j)/ b:.wh]Aku nampak kain kamu senget di sebelah bawah.
dekcok II[dE/.tS/]kata kerjajengket, melompat-lompat dengan menggunakan sebelah kaki.Ambo kelek dekcok takdi bokte slipa ile sebeloh.[Am.b k«.le/ dE/.tS/ tA/.di b/.tE sli.pA i.lE s«.b«.lh]Saya balik terjengket-jengketi tadi kerana selipar hilang sebelah.
dekcok I[dE/.tS/]kata namasejenis permainan tradisional kanak-kanak yang dilakukan secara melompat-lompat menggunakan sebelah kaki mengikut petak-petak tertentu, tenteng.Maso kecik-kecik dulu, ambo brehi bena maeng dekcok.[mA.s k«.tSi/.k«.tSi/ du.lu Am.b bÄE.hi b«.nA mAeN dE/.tS/]Masa kecil-kecil dulu, saya sangat gemar bermain melompat sebelah kaki.
nja[ndZA]kata kerjamemijak sesuatu (dengan kuat) dengan sebelah kaki, menghentak.Budok ni tolo do’oh, aku nja tepok ke.[bu.d/ ni t.lo d:/.h A.ku ndZA tE.p/ kE]Budak ini nakal sangat, aku pijak tempang nanti.
asek[A.se/]kata adjektifberkenaan teraju yang panjang di sebelah bawah.Traju wa tu asek bedokoh, kerak sikik.[tÄA.dZu wA tu A.se/ b«.d/.h k«.ÄA/ si.ki/]Teraju wau tu panjang sangat, potong sikit.
kewek[kE.wE/]kata adjektifberkenaan kaki yang cacat contoh kaki pendek sebelah dan lain-lain, capik, pincang, tempang.Ore tuh tok leh jale cepak, pasa kaki diyo kewek.[.ÄE tuh t/ leh dZ:A.lE tS«.pA/ pA.sA kA.ki di.j kE.wE/]Orang tu tak boleh berjalan cepat kerana kakinya tempang.
narak[n:A.ÄA/]kata kerjamerebak ke merata tempat (berkenaan api, penyakit kulit dan lain-lain).Api tu narak alah ko rumoh sebeloh pulok.[A.pi tu n:A.ÄA/ A.lAh k Äu.mh s«.b«.lh pu.l/]Api tu merebak ke rumah sebelah pula.

Kembali ke atas