Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.di.kit] | سديکيت

Definisi : tidak besar jumlahnya; tidak banyak: Banyak bekerja ~ bercakap. Wang simpanannya sudah tinggal ~ saja lagi. ~ banyak sedikit atau banyak (utk me­nyatakan jumlah yg tidak tentu ba­nyaknya); lebih kurang. sedikit-sedikit 1 tiap-tiap kali sedikit; sedi­kit demi sedikit: ~, lama-lama men­jadi bukit. 2 walaupun sedikit. menyedikitkan membuat menjadi se­dikit; mengurangkan supaya sedikit; mengecilkan: ~ belanja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.di.kit] | سديکيت

Definisi : tidak banyak (bkn bilangan, nilai, kadar dll): Beri saya nasi ~. Kuih itu manis ~. ~ banyak lebih kurang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedikit

Puisi
 

Sayang dewa membuang dewi,
     Sedikit kapur banyak gambir;
Banyak bohong buat sendiri,
     Sedikit tutur banyak sindir.


Lihat selanjutnya...(81)
Peribahasa

Sehari selembar benang,
     lama-lama jadi sehelai kain.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).

 

Lihat selanjutnya...(106)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
suling[su.liN]kata kerjamengunyah dan menghisap sedikit-sedikit.Zaha dok suling tebu tepi tanggo.[dZA.hA do/ su.liN t«.bu t:«.pi tAN.g]Zahar sedang mengunyah dan menghisap tebu di tepi tangga.
renggeh[ÄEN.gEh]kata adjektifberkenaan sesuatu seperti buah di atas pokok yang tinggal sedikit sahaja.Buwoh mokte tu renggeh doh nyo pelah budok.[bu.wh m/.tE tu ÄEN.gEh dh ø p«.lAh b:u.d/]Buah rambutan tu sudah tinggal sedikit kerana dicuri oleh budak-budak.
keda[kE.dA]kata kerjateranjak sedikit daripada tempat duduk yang asal.Kreto tu keda aloh ko tepi parek maso blago takdi.[kÄE.t tu k:E.dA A.lh k t«.pi pA.Äe/ mA.s blA.g tA/.di]Kereta tu berganjak ke tepi parit semasa perlanggaran tadi.
hok I[h/]kata kerjaberpindah sedikit dari sesuatu tempat, beranjak, berengsot.Acu hok sano sikik, nok tupe dudok getek.[A.tSu h/ s:A.n si.ki/ n/ tu.pE du.d/ gE.tE/]Cuba anjak ke sana sikit, nak tumpang duduk jugalah.
dedeh[dE.dEh]kata kerjamenghabiskan makanan dan lain-lain sehingga tidak sedikit pun yang tinggal.Mok dedeh berah dale genok sapa licing.[m/ dE.dEh b«.ÄAh dA.lE g«.n/ sA.pA li.tSiN]Emak menghabiskan beras di dalam bekas sampai habis.
cengek[tS:«.NE/]kata adjektifberkenaan kain, hidung dan lain-lain dalam keadaan terangkat sedikit.Kaeng mung tu cengek sikik, paka molek gak.[kAeN muN tu tS:«.NE/ si.ki/ pA.kA m:.lE/ gA/]Kain kamu tu terangkat sikit, pakailah elok-elok
solok lada[s.l/ lA.d] sejenis makanan yang dibuat daripada lada besar (yang hijau) yang disumbat dengan adunan kelapa dan ikan serta direbus bersama sedikit santan. Ia biasanya dimakan bersama nasi kerabu.   
   2. menggemburkan sesuatu seperti tanah supaya tidak terlalu mampat.Peruwo gak sikik tanoh tepak tane lado tu.[p«.Äu.w gA/ si.ki/ tA.nh t«.pA/ tA.nE lA.d tu]Gemburkanlah sedikit tanah tempat tanam lada tu.
   2. selekoh pada jalan, sungai dan lain-lain, sudut, liku.Mung keno selo sikik kreto tu kalu kona kak cekok.[muN k«.n s:«.lo si.ki/ kÄE.t tu kA.lu k.nA kA/ tSE.k)/]Kamu kena memperlahankan sedikit kereta tu kalau membelok dekat selekoh.
tengak[t:«.NA/]kata adjektiftidak boros atau membazir (dalam membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat, hemat.Duet tak dok ni, kito keno tengak sikik.[du.we/ tA/ d/ ni ki.t k«.n t:«.NA/ si.ki/]Duit tak ada ni, kita kenalah berhemat sedikit.
12

Kembali ke atas