Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.buh] | سمبوه

Definisi : menjadi sihat kembali (orang sakit), pulih (drpd sakit, penyakit), baik, betah: orang-orang yg sakit itu akan ~ semula dgn segera; maka apabila ~ lukanya, maka baliklah ia ke Pagar Ruyung; menyembuhkan menjadikan sembuh (baik, betah), mengubati (supaya sembuh): jangan­lah pula kamu berharap doktor itu boleh ~ penyakit itu dlm beberapa hari sahaja; kesembuhan perihal sembuh; penyembuhan perihal menyembuhkan, pemu-lihan; penyembuh (sesuatu) yg menyembuhkan: tiada ubat ~ utk penyakit AIDS. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.buh] | سمبوه

Definisi : kembali menjadi sihat (ba­gi orang yg menghidap sesuatu pe­nyakit); baik semula; pulih: Lukanya sudah ~. menyembuhkan mengubati sehingga sembuh; menjadikan sembuh: Taj-ul-Muluk pun pergilah mengembara mencari ubat utk ~ penyakit ayahandanya. kesembuhan keadaan atau hal sembuh: Rawatan itu tidak menjamin ~ sepenuhnya. penyembuhan perbuatan atau hal menyembuhkan: Mereka ber­usaha mencari kaedah ~ yg berkesan utk penyakit itu. penyembuh ubat atau sesuatu yg menyembuhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sembuh (adjektif)
Bersinonim dengan sihat kembali, pulih, baik, betah, siar, segar, waras, uras;,
Kata Terbitan : menyembuhkan, kesembuhan, penyembuhan,

Puisi
 

Air dalam bertambah dalam,
     Hujan dahulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
     Luka dahulu belumlah sembuh.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
balek paeh[bA.le/ pAeh] jatuh sakit semula selepas sembuh (sakit yang sama), bentan.Mok kawe sega doh, tapi balek paeh pulok.[m/ kA.wE s«.gA dh tA.pi bA.le/ pAeh pu.l/]Mak saya dah sembuh, tapi jatuh sakit semula.
siya[si.jA]kata kerjamenjadi sihat kembali (orang sakit), pulih (daripada sakit, penyakit), sembuh.Nyakek diyo tu siya doh lepah masok spita duwo tigo ari.[ø:A.ke/ di.j tu si.jA dh l«.pAh mA.so/ spi.tA du.w ti.g A.Äi]Penyakit dia tu dah sembuh selepas masuk hospital beberapa hari.
bikong I[bi.koN]kata namasejenis penyakit kulit yang tumbuh pada betis.Bikong mung tok sia lagi?[bi.koN muN t/ si.jA lA.gi]Kudis di kaki kamu tak sembuh lagi?

Kembali ke atas