Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.na.pang] | سناڤڠ

Definisi : sj senjata yg berlaras dan berpeluru (lebih besar dan panjang drpd pistol dan lebih kecil serta pendek drpd meriam), bedil; ~ angin senapang yg melepaskan penabur dgn tekanan udara; ~ bambu (buluh) a) sj senapang (bedil) yg dibuat drpd buluh utk mainan kanak-kanak; b) prb rupanya sahaja berbahaya tetapi sebenarnya tidak; ~ kampung = ~ kopak = ~ kulai = ~ patah senapang yg patrumnya diisikan dr pangkal laras; ~ kembar = ~ pengantin senapang yg berlaras dua; ~ kep = ~ lantak = ~ lantakan senapang yg pelurunya diisikan dr mulut: ~ mesin senapang yg boleh melepaskan banyak peluru dgn sekali tarik picunya; kalau tiada ~, baik berjalan lapang prb jikalau tidak bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah; mercun buluh ~ bambu kpd saya jangan dituju prb tidak berguna menggertak orang yg berakal dan berilmu dgn sesuatu yg tiada memberi erti; bersenapang memakai senapang, ber­senjata-kan senapang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.na.pang] | سناڤڠ

Definisi : senjata api yg mempunyai laras dan menggunakan peluru (lebih besar drpd pistol tetapi lebih kecil drpd meriam). ~ angin senapang yg pelurunya dilepaskan dgn tekanan angin. ~ buluh (bambu) a. bedil yg dibuat drpd buluh utk mainan kanak-kanak. b. ki orang yg nampaknya berbahaya tetapi sebenarnya tidak. ~ kampung (kulai, patah) senapang yg pelurunya diisikan dr pangkal laras. ~ kembar (pengantin) senapang yg berlaras dua. ~ mesin (jentera) senapang yg pelurunya dpt dilepaskan banyak-banyak dgn memetik picunya sekali saja; mesingan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senapang

Puisi
 

Tanam padi di hulu kampung,
     Kampung ada di tepi pantai;
Cari senapang letak di kampung,
     Jangan buah dimakan tupai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kalau tidak ada senapang,
     baik berjalan lapang.

Bermaksud :

Jika tiada bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
burong bede[bu.ÄoN b«.de] alat penjentik peluru yang terdapat dalam senjata api, pelatuk.Jange dok kosek burung bede tu, tembok ke.:Jangan sentuh pelatuk senapang tu, tertembak nanti.

Kembali ke atas