Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.dah] | سوده

Definisi : 1 telah siap sedia; selesai; habis; tamat: Setelah ~ makan, mereka pun makan sirih sekapur seorang. 2 telah berlalu tempohnya; telah berlaku: Perkara yg ~ janganlah dikenang. 3 memang begitu keadaannya dll; sememang begitu: Kalau ~ nasib, apa yg hendak di­­katakan. 4 = sudahlah cukuplah; ber­hentilah; padalah: ~, jangan menangis lagi. sudahnya, sudah-sudahnya akhir­­nya; kemudiannya: Sekalian yg hidup akan mati juga ~. sesudah se­telah sudah melakukan sesuatu dll; sehabis: ~ bersembahyang, kami pun berwirid dan berdoa. menyudahi mem­berikan penutup kpd sesuatu (spt rundingan, ucapan dsb); mengakhiri: Beliau ~ ucapannya dgn serangkap pantun. menyudahkan membuat jadi sudah; menghabiskan; menyiapkan; menamatkan: Tunggu sebentar, saya hendak ~ kerja ini dahulu. kesudahan apa-apa yg berlaku sesudah sesuatu; penghabisan; akhir: Bagaimana ~ cerita itu? Mula-mula mereka bergurau-gurau, ~nya mereka berkelahi. penyudah apa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Sudah kapas menjadi benang,
     Sudah benang menjadi kain;
Sudah lepas jangan dikenang,
     Sudah jadi orang lain.


Lihat selanjutnya...(496)
Peribahasa

Sudah terantuk baru tengadah.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah jatuh ditimpa tangga, b. Sudah kalah baru berkubu, c. Sudah kecurian baru mengunci pintu, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Sudah lulus maka hendak melantai).

 

Lihat selanjutnya...(357)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nilek[n:i.le/]kata kerjaberdandan diri (bagi perempuan) dengan pakaian (barang kemas dan lain-lain) supaya kelihatan cantik, berhias.Lamo teh dok nilek, bo bo la.[lA.m tEh do/ n:i.le/ b: b: lA]Sudah lama kamu berhias, sudah-sudahlah tu.
bo[b:]kata tugasjangan, sudah, cukup.Bo la buwak krijo hok tok molek tu.[b: lA bu.wA/ kÄi.dZ h/ t/ m.lE/ tu]Berhentilah buat perkara yang tak baik tu.
patoh turong[pA.th tu.ÄoN] sudah lanjut usia (tidak muda lagi), tua.Ambo patoh turong doh loni, tok srupo mulo.[Am.b pA.th tu.ÄoN doh l: ni t/ sÄu.p mu.l]Saya dah tua sekarang, tak macam dulu lagi.
tuluk[t:u.lu/]kata namabunyi yang dikeluarkan untuk menunjukkan persembunyian sudah bermula dalam permainan sembunyi-sembunyi bagi kanak-kanak.Mung sebok tuluk la dulu, baru aku gi cari.[muN s«.bo/ t:u.lu/ lA du.lu bA.Äu A.ku gi tSA.Äi]Kamu sebut tuluklah dulu, baru aku pergi cari.
gari[g:A.Äi]kata adjektifberkenaan mata yang masih terang penglihatan, tidak kabur (walaupun sudah tua).Mato Pok Leh gari lagi tuo-tuo pong.[mA.t p/ lEh g:A.Äi lA.gi tu.w.tu.w poN]Mata Pak Leh masih lagi terang walaupun tua.
degih[d:«.gih]kata kerjabergerak, berganjak, beralih kedudukan.Ambo tolok doh tapi tok degih.[Am.b t.l/ dh tA.pi t/ d:«.gih]Saya sudah tolak tapi tidak bergerak.
cek wo[tSe/.w] panggilan untuk datuk.Cek wo ambo nyanyok doh pasa tuo tlajok.[tSe/ w Am.b øA.øo/ dh pA.sA tu.w tlA.dZ/]Datuk saya sudah nyanyuk kerana terlalu tua.
sering[s«.ÄiN]kata adjektifberkenaan nasi yang hampir masak, kering.Nasik tu sering doh, meta lagi masokla.[nA.si/ tu s«.ÄiN dh m«.tA lA.gi mA.s/.lA]Nasi tu sudah kering, sebentar lagi masaklah.
abih reng bersungguh-sungguh membuat sesuatu pekerjaan; abih o, abih te.Ambo tolok abih reng doh tapi tok degih.[Am.b t.l/ A.bih ÄEN dh tA.pi t/ d:«.gih]Saya sudah tolak bersungguh-sungguh tapi tidak berganjak.
cemuh[tS«.muh]kata adjektifjemu, bosan.Puah cemuh doh aku buwak krijo ni, nok wak krijo laeng pulok.[pu.wAh tS«.muh dh A.ku bu.wA/ kÄi.dZ ni n/ wA/ kÄi.dZ lAeN pu.l/]Sudah jemu aku buat kerja ni, nak buat kerja lain pula.
12

Kembali ke atas