Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lun.ju/] | تلونجوق

Definisi : 1. = jari ~ jari antara jari hantu dgn ibu jari: tutup ketat-ketat lubang pam basikal itu dgn ~ tangan kiri; 2. ki perintah, ke­ma­hu­an, suruhan: orang-orang Belanda sangat pandai mengambil hati orang-orang besar kita yg mahu mengikut ~nya;~ lurus kelengkeng berkait prb perihal orang yg pd lahirnya kelihatan baik tetapi di dlm hatinya jahat; ~ mencucuk (merosok, meni-kam) mata (jari) prb orang yg dipercayai berbuat khianat kpd kita; menggigit ~ prb tidak tercapai maksud; runcing ~ memalit sambal lada prb perihal hidup miskin dan melarat; sebusuk-busuk ~, ~ juga pencolek tahi mata prb sejahat-jahat kaum keluarga kalau seorang dihinakan orang semuanya akan turut membelanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lun.ju/] | تلونجوق

Definisi : , = jari ~ jari di antara ibu jari dgn jari hantu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telunjuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan jari kedua

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan perintah, seruhan, arahan, kemahuan, kehendak.,


Puisi
 

Daun sirih jangan dikait,
     Kalaulah kait mematah layu;
Telunjuk lurus kelingking berkait,
     Itu pepatah orang Melayu.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Telunjuk mencocok (= merosok,
     menikam) mata.

Bermaksud :

Dikhianati oleh orang kepercayaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Pancing makan umpan, c. Sokong membawa rebah, d. Tongkat membawa rebah).

 

Lihat selanjutnya...(22)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
pehe[pE.he]kata kerjamenyepit dengan ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain (di bahagian paha dan lengan), cubit; mulah.Budok tu kalu jerik lamo-lamo, pehe poho tu.[bu.d/ tu kA.lu dZ:«.Äi/ lA.m.lA.m pE.he p.h tu]Budak tu kalau menangis lama-lama, kamu cubit pahanya tu.
mulah[m:u.lAh]kata kerjamenyepit dengan ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain (di bahagian paha dan lengan), cubit; pehe.Bo jerik, mok bui mulah ke.[b: dZ:«.Äi/ m/ bu.wi m:u.lAh kE]Berhenti menangis, mak cubit nanti.
cekik[tS«.ki/]kata kerjamenyepit sesuatu dengan ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain, mencubit.Jusoh cekik adek diyo sapa jerik.[dZu.soh tS«.ki/ A.de/ di.j sA.pA dZ:«.Äi/]Yusuf cubit adik dia sampai menangis.

Kembali ke atas