Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tém.pang] | تيمڤڠ

Definisi : (témpang) 1. cacat yg tetap pd kaki (kaki pendek sebelah dll), capik, pincang: segala rakyat kecil besar, tua muda, bongkok, ~ pun sekaliannya berkampunglah; 2. tidak sama panjang (kaki kerusi, meja, dll): kerusi itu ~ kakinya; 3. = tertempang-tempang incang-incut: ketika pulang ia melihat Mahmud berjalan ~ dipapah oleh Ainon; 4. ki tidak seimbang, ada kekurangannya (cacatnya), berat sebelah, tidak adil, tidak betul (per­jalan­an­nya dll): bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsa­raan lantaran kesalahan masyarakat yg selalu ~ ini; orang ~ jangan dicacat, ingat-ingat hari belakang prb kecelakaan orang janganlah sangat dikata barangkali kita sendiri akan mengalami hal yg serupa; menempang berjalan tempang; menempangkan, menempang-nempangkan; ~ kaki berpura-pura tempang kaki; ketempangan 1. perihal (keadaan dsb) tem-pang, kecapikan, kepincangan; 2. cacat, cela; 3. hal yg tidak wajar (tidak adil dll), keadaan tidak wajar: bolehkah kita mengatasi ~ musya-warah kita serta kembali ke musyawarah yg sebenar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.pang] | تيمڤڠ

Definisi : /témpang/ 1 tidak sama panjang (ttg kaki kerusi dsb); pendek sebelah: Kerusi itu ~ kakinya. 2 tidak dpt berjalan dgn betul kerana cacat kakinya dll; capik: Penulis itu ~. 3 incang-incut (kerana pendek sebelah kakinya): Budak itu berjalan ~. menempang berjalan tempang. menempangkan menjadikan tempang. ~ kaki berpura-pura tempang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempang (adjektif)
Bersinonim dengan capik, pincang, encot, hincut, incut, jengkang-jengkot, kipa, pecok, teweng, kecok, cengkih kuap, rengkat;,
Kata Terbitan : tertempang-tempang, ketempangan,

Peribahasa

Memimpin gajah tempang,
     mati dihempap dek tubuh.

Bermaksud :

Menolong orang besar-besar dalam kesusahan akhirnya akan mencelakakan diri orang yang menolongnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kekcok[kE/.tS/]kata adjektiftempang ketika berjalan kerana kecederaan.Ore tu jale kekcok, pasa kaki diyo sakek.[.ÄE tu dZ:A.lE kE/.tS/ pA.sA kA.ki di.j sA.ke/]Orang tu berjalan tempang kerana kakinya sakit.
teweng[t:E.wEN]kata adjektifcapik, tempang.Siye ko budok tu, jale teweng pong gi skoloh.[s:i.jE k bu.d/ tu dZ:A.lE t:E.wEN poN gi sk.lh]Kasihan budak tu, berjalan tempang pun pergi ke sekolah.
kewek[kE.wE/]kata adjektifberkenaan kaki yang cacat contoh kaki pendek sebelah dan lain-lain, capik, pincang, tempang.Ore tuh tok leh jale cepak, pasa kaki diyo kewek.[.ÄE tuh t/ leh dZ:A.lE tS«.pA/ pA.sA kA.ki di.j kE.wE/]Orang tu tak boleh berjalan cepat kerana kakinya tempang.
nja[ndZA]kata kerjamemijak sesuatu (dengan kuat) dengan sebelah kaki, menghentak.Budok ni tolo do’oh, aku nja tepok ke.[bu.d/ ni t.lo d:/.h A.ku ndZA tE.p/ kE]Budak ini nakal sangat, aku pijak tempang nanti.

Kembali ke atas