Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pa.yan] | تمڤاين

Definisi : sj bejana yg dibuat drpd tanah liat utk menyimpan air dll: isikan air itu ke dlm ~; ~ budu = ~ peda a) tempayan utk membuat budu; b) ki rahsia busuk seseorang; ~ gumbang = ~ tapak gajah tempayan besar yg mulutnya sempit; ~ taban tempayan besar utk menyim­p­an air minuman; ~ telur buaya tempayan yg besar perutnya (spt buyung); kalau kubuka ~ budu baru tahu prb kalau kupecahkan rahsiamu sudah tentu kamu men­dapat malu; mulut ~ bagaimana menjahitnya prb tidak dapat dilarang seseorang drpd me­ngatai kita (jika kita berbuat kejahatan); spt ~ tertiarap di atas air prb perihal orang yg bebal dan tidak mahu menurut nasihat yg diberikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pa.yan] | تمڤاين

Definisi : bekas yg dibuat drpd tanah liat (bentuknya spt pasu tetapi mulutnya agak kecil) dan digunakan sbg tempat menyimpan air dsb: Air minuman mereka disimpan dlm ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempayan
Rujuk :bekas

Puisi
 

Layang-layang hutan berduri,
     Madu kelapa dalam tempayan;
Lagi tak hilang Bukit Puteri,
     Saya tak lupa kasihkan tuan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tempayan tertiarap di air.

Bermaksud :

Orang yang tak dapat diberi nasihat.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
genok[g«.n/]kata namasejenis tempayan bermulut luas untuk menyimpan beras.Mok sipe berah dale genok.[m/ si.pE b«.ÄAh dA.lE g«.n/]Emak simpan beras dalam tempayan.
penuh lite][p«.nuh l:i.te] terlampau penuh hingga melimpah.Mok buboh ae dale paye sapa penuh lite.[m/ bu.boh Ae dA.lE p:A.jE sA.pA p«.nuh l:i.te]Mak memasukkan air ke dalam tempayan sampai melimpah.
kloroh[kl.čh]kata adjektifberkenaan air yang berkeladak.Mung jange minum ae kloroh dale paye tu.[muN dZA.NE mi.num Ae kl.čh dA.lE p:A.jE tu]Kamu jangan minum air berkeladak di dalam tempayan tu.

Kembali ke atas