Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ting.gal] | ترتيڠݢل

Definisi : 1. terbiar pd tempatnya dll (kerana tidak dibawa sama, tidak hilang, dll): ia terpaksa pulang kerana khuatir akan anaknya yg sudah lama ~ di rumah; 2. ter­ke­belakang (kerana tidak dapat mengejari atau menyaingi), tercicir: tidak berapa lama kemudian, hilanglah sudah kapal itu ~ di belakang; 3. terdapat sbg baki drpd sesuatu, tersisa: kerana banyak jemputan tidak hadir, banyak makanan yg ~ begitu sahaja; 4. terabai, terbengkalai: banyaklah kerja-kerja yg ~ kerana pekerja-pekerja baru itu tidak dapat menghabiskannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ting.gal] | ترتيڠݢل

Definisi : 1 tercicir di belakang kerana tidak dpt menyaingi atau kerana tidak dpt mengejar: Dlm perlumbaan itu, Rosnah ~ di belakang sekali. 2 tidak dibawa bersama kerana terlupa; tercicir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinggal (kata kerja)
1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,

2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,

3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,

Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal,

Peribahasa

Angkuh terbawa,
     tampan tertinggal.

Bermaksud :

Baik rupanya, tetapi buruk sikapnya. (Ejekan kepada orang yang suka bersolek).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jelumu[dZ«.lu.mu]kata nama1. kulit ular yang tertinggal selepas bersalin kulit, selumur ular, kelongsong ular.Ambo kejuk besa maso tepege jelumu ula takdi.[Am.b k:«.dZu/ b«.sA mA.s t«.p«.gE dZ«.lu.mu u.lA tA/.di]Saya terkejut besar semasa terpegang selumur ular tadi.

Kembali ke atas