Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.kap] | چکڤ

Definisi : 1. boleh, dapat, mampu, sanggup: setelah ia ~ berdiri sendiri, keluarlah ia dr rumah itu; 2. dapat (berkebolehan) melaksanakan sesuatu (kerja dll) dgn cepat dan sem­purna, pandai, mahir: ada beberapa ekor monyet yg betul-betul ~ bermain tunggang balik; kerja demikian memerlukan pekerja yg tekun dan ~; ia juga cukup ~ menyumpit; 3. elok, cantik, rupawan: mahasiswa-mahasiswa suka bercakap-cakap dgn gadis yg ~ itu; 4. lekas, pantas, tangkas: tangan Mawi lebih ~, pantas spt kilat; bercekap sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu); mencekapkan menjadikan (bertambah) cekap; mempercekap menjadikan lebih (bertambah) cekap; kecekapan 1. kesanggupan, kemampuan; 2. kebolehan melakukan sesuatu (spt kerja dll) dgn cepat dan sempurna, kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu); 3. kepan­tasan membuat sesuatu (berfikir dll); ketidakcekapan perihal (sifat dsb) tidak cekap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.kap] | چکڤ

Definisi : 1 mampu atau sanggup (melakukan sesuatu): Setelah ~ terbang, barulah burung-burung itu dpt mencari makan sen­diri. 2 pandai; mahir: Misbun merupakan pemain badminton yg ~. kecekapan 1 kemampuan atau kesanggupan membuat sesuatu. 2 keadaan atau hal cekap; kemahiran atau kepandaian membuat sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cekap

Peribahasa

Takkan rintang rusa oleh tanduknya.

Bermaksud :

Tidak akan terganggu seseorang yang cekap itu melakukan pekerjaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Panduan Umum

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=23&VertSectionID=7&CurLocation=7&IID=&Page=1 Piagam Pelanggan - Dewan Bahasa dan Pustaka MSC Malaysia Institut Integriti Malaysia PIAGAM PELANGGAN Kami beriltizam untuk menghasilkan keluaran bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini yang baku, bermutu dan berwibawa melalui perkhidmatan yang cekap, cepat dan cemerlang. Dengan mengutamakan keperluan pengguna, kami menjanjikan keluaran dan perkhidmatan yang mendukung peluasan fungsi teras kami, iaitu BAHASA, SASTERA dan PENERBITAN , seperti yang berikut: Menyediakan bahan rujukan dan Highlighter.aspx?DocId=203&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=1&hits=220+
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=21&VertSectionID=7&CurLocation=7&IID=&Page=1 Rukun Budaya Korporat - Dewan Bahasa dan Pustaka terhadap kerjanya: Memahami dan menghayati wawasan DBP; Memelihara dan meningkatkan imej DBP di khalayak ramai; Mementingkan hasil dan mutu keluaran; Mengamalkan kerja secara bermesyuarah dan berkumpulan Mementingkan pekerjaan yang bersih, cekap dan berkesan; Mengamalkan sifat-sifat bijaksana, adil, amanah, jujur dan ikhlas; Ketua memimpin pekerja bawahannya; Pekerja memimpin dirinya sendiri; Berusaha menambahkan ilmu; dan Bekerja adalah ibadah. Cetak versi format pencetak Highlighter.aspx?DocId=202&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=1&hits=252+
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=23&VertSectionID=7&CurLocation=7&IID=&Page=1&PHPSESSID=e5805d8f0966082f2c0db2263fd104ab Piagam Pelanggan - Dewan Bahasa dan Pustaka MSC Malaysia Institut Integriti Malaysia PIAGAM PELANGGAN Kami beriltizam untuk menghasilkan keluaran bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini yang baku, bermutu dan berwibawa melalui perkhidmatan yang cekap, cepat dan cemerlang. Dengan mengutamakan keperluan pengguna, kami menjanjikan keluaran dan perkhidmatan yang mendukung peluasan fungsi teras kami, iaitu BAHASA, SASTERA dan PENERBITAN , seperti yang berikut: Menyediakan bahan rujukan dan Highlighter.aspx?DocId=67&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=1&hits=221+
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=21&VertSectionID=7&CurLocation=7&IID=&Page=1&PHPSESSID=e5805d8f0966082f2c0db2263fd104ab Rukun Budaya Korporat - Dewan Bahasa dan Pustaka terhadap kerjanya: Memahami dan menghayati wawasan DBP; Memelihara dan meningkatkan imej DBP di khalayak ramai; Mementingkan hasil dan mutu keluaran; Mengamalkan kerja secara bermesyuarah dan berkumpulan Mementingkan pekerjaan yang bersih, cekap dan berkesan; Mengamalkan sifat-sifat bijaksana, adil, amanah, jujur dan ikhlas; Ketua memimpin pekerja bawahannya; Pekerja memimpin dirinya sendiri; Berusaha menambahkan ilmu; dan Bekerja adalah ibadah. Cetak versi format pencetak Highlighter.aspx?DocId=66&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=1&hits=253+

Kembali ke atas