Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.kup] | چوکوڤ

Definisi : 1. tidak kurang (bilangan, banyak, besar, dll), sampai jumlahnya (besarnya dll), pada: pinggan mangkuk kita tidak ~, orang yg datang terlalu banyak; 2. sampai betul, genap (masa, usia, dll): hari Rabu ini ~lah empat puluh empat hari ia meninggal; ~ bulan a) genap sembilan bulan (mengandung); b) akhir bulan (hari gaji); ~ umur sudah akil baligh, sudah dewasa; 3. lengkap, sempurna (tidak ada kurangnya): putera kita ini sudahlah besar, dan ~ berakal; rumah itu ~ dgn perabotnya sekali; 4. sudah pd dgn itu (begitu) sahaja: kesukaan anaknya kpd Mariah telah ~ buat menundukkan hati nyonya itu; 5. sangat, lebih drpd yg memadai atau yg dijangka: badanku terasa ~ penat; mukanya ~ masam; 6. tidak kurang atau tidak lebih, lumayan, sedang: hasil yg diperolehnya boleh dikatakan ~lah buat mereka berdua; ~ keperluan sendiri tidak perlu apa-apa dr luar (segala keperluan dikeluarkan sendiri); 7. bp tidak kekurangan, agak kaya, berada: ayahnya orang yg ~; secukup; ~ hidup cukup utk membiayai perbelanjaan hidup sahaja; mencukupi 1. memadai, lengkap (keperlu­an, keinginan, dll): binatang itu memerlukan makanan yg ~; apabila sudah diperolehnya habuan-habuan yg ~, tinggallah mereka setahun dua di darat; 2. tidak kurang (utk sesuatu hal, keperluan, dll): buku kecil ini tentulah tidak ~ utk menerangkan segala-galanya; pendapatannya tidak ~ utk keperluan hidup diri dan keluarga; 3. bagi menjawab atau membalas (biasanya bkn jawaban dlm surat-menyurat): ~ surat tuan; mencukupkan menjadikan (memandang) cukup, melengkapkan, memadakan, menam­bah supaya cukup: utk ~ pendapatannya, ia perlu bekerja dgn lebih keras lagi; kerana hendak ~ belanja itu, terpaksalah ia mencari wang lagi; kecukupan ada apa yg diperlukan, tidak ke­kurangan: orang datang begitu banyak sehingga meja dlm restoran itu tidak ~; orang boros tentu saja tidak ~ belanja; berkecukupan tidak kekurangan, cukup segala yg diperlukan; ketidakcukupan perihal tidak cukup: alasan ~ peruntukan wang juga boleh diatasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.kup] | چوکوڤ

Definisi : 1 tidak kurang (bilangannya, banyaknya dll) drpd yg sepatutnya; sempurna: Lebarnya sudah ~ tetapi panjangnya kurang sedikit. 2 tidak kurang dan tidak lebih drpd; genap (umurnya, waktunya dll): Tahun ini, umurnya ~ dua puluh tahun. 3 tidak ada apa-apa yg kurang; ada serba-serbi; lengkap: Rumah itu ~ dgn bilik tamu dan kolam renangnya sekali. 4 lebih drpd yg sepatutnya; sangat: Badannya ~ panas. 5 sudah pada dgn itu saja (tidak perlu dgn yg lain-lain lagi): ~lah dgn memberitahu saya saja, tidak perlu menemui guru besar. 6 ki tidak kekurangan apa-apa; agak kaya; berada. ~ bulan a. sudah sampai sembilan bulan mengandung. b. genap sebulan (umumnya hari gaji pd akhir bulan). ~ umur akil baligh. cukup-cukup tidak lebih dan tidak kurang; kadar yg cukup saja. mencukupi 1 tidak kurang utk sesuatu keperluan; cukup utk: Hasil beras negara kita hampir-hampir ~ keperluan dlm negara. 2 memadai atau memenuhi syarat-syaratnya dll: Asal ~ syaratnya, kita terimalah. mencukupkan menjadikan cukup; memadakan; menggenapkan: Dia berusaha ~ wang biasiswa yg diterima­nya setiap bulan. pencukup sesuatu yg mencukupkan. ~ ayat ist kata-kata yg ditambahkan pd sesuatu ayat utk me­nerangkan ayat itu lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cukup

Puisi
 

Cukup panjang tali timba,
     Susah diukur susah didepa;
Ulat bergulung di hutan rimba,
     Rezeki nak putus dari saya.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Dialas bagai memengat.

Bermaksud :

Berkata dengan cukup alasan. memengat = memasak pengat.

 

Lihat selanjutnya...(34)

248

Half an egg is better than an empty shell

Lebih baik ada, walaupun sedikit, daripada tidak ada langsung.

Asal ada kecil pun pada

We were greatful for the food you brought even though it was not enough to fit my big hungry family, but half an egg is better than an empty shell. Yesterday, we didn't have any food at all.

Kami bersyukur atas makanan yang kamu bawa meskipun ia tidak cukup untuk mengenyangkan keluarga saya yang ramai lagi kelaparan itu, tetapi asal ada kecil pun pada. Kelmarin, kami langsung tidak mendapat makanan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Panduan Umum

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1 Bimbingan berkarya-menulis skrip drama atau yang sering dikatakan sebagai “writers block”. Kebuntuan lahir disebabkan tidak adanya perancangan. Tanpa perancangan, ia menyukarkan penulis mencari arah atau jalan yang betul dalam menghasilkan cerita. Tiga elemen yang cukup penting yang perlu diberikan tumpuan oleh penulis sebelum memulakan penulisan skripnya ialah: Fokus Logik Perwatakan. Fokus Untuk sebuah cerita sentiasa dalam kesatuan, watak-watak dan cara mereka berfungsi memerlukan fokus melalui dialog dan aksi setiap watak. Dialog terbina melalui kata-kata atau bahasa. Melalui dialog inilah konflik dan perkembangan cerita berlaku. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, konflik memainkan peranan yang cukup penting dalam membangunkan struktur sebuah drama. Bertolak daripada konflik dan ketegangan inilah sesuatu peristiwa digerakkan dan dilanjutkan perkembangannya hingga kepada peleraiannya atau kesimpulan cerita. Plot bukan cerita atau naratif. Mengikut Highlighter.aspx?DocId=173&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=7&hits=541+716+770+918+97f+c62+c86+
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1&PHPSESSID=e5805d8f0966082f2c0db2263fd104ab Bimbingan berkarya-menulis skrip drama atau yang sering dikatakan sebagai “writers block”. Kebuntuan lahir disebabkan tidak adanya perancangan. Tanpa perancangan, ia menyukarkan penulis mencari arah atau jalan yang betul dalam menghasilkan cerita. Tiga elemen yang cukup penting yang perlu diberikan tumpuan oleh penulis sebelum memulakan penulisan skripnya ialah: Fokus Logik Perwatakan. Fokus Untuk sebuah cerita sentiasa dalam kesatuan, watak-watak dan cara mereka berfungsi memerlukan fokus melalui dialog dan aksi setiap watak. Dialog terbina melalui kata-kata atau bahasa. Melalui dialog inilah konflik dan perkembangan cerita berlaku. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, konflik memainkan peranan yang cukup penting dalam membangunkan struktur sebuah drama. Bertolak daripada konflik dan ketegangan inilah sesuatu peristiwa digerakkan dan dilanjutkan perkembangannya hingga kepada peleraiannya atau kesimpulan cerita. Plot bukan cerita atau naratif. Mengikut Highlighter.aspx?DocId=37&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=7&hits=542+717+771+919+980+c63+c87+
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=83&VertSectionID=28&CurLocation=76&IID=&Page=1 Majalah DBP - Dewan Bahasa Dan Pustaka 50 Singapura : S$6.00 Brunei Darussalam : B$6.00 Isi Kandungan : Menyorot perkembangan nilai, sikap dan pemikiran masyarakat. "Isu", "Profil", "Eksklusif", "Filem" dan "Seni" adalah antara ruangan tetap yang cukup menarik. Pembaca Sasaran : Pemikir budaya, golongan profesional dan intelektual, pemimpin masyarakat, peminat seni dan budaya, pendidik, pelajar pengajian tinggi dan menengah atas. DEWAN SASTERA Mula diterbitkan : Januari 1971 Terbit : Setiap Highlighter.aspx?DocId=214&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=1&hits=2e1+
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=1112&VertSectionID=25&CurLocation=25&IID=&Page=1 Kamus Eleksis - Dewan Bahasa dan Pustaka Melayu dan bahasa Cina. Kuiz Kosa Kata Soalan-soalan ala-kuiz untuk menguji penguasaan kosa kata bahasa Inggeris yang lazimnya digunakan turut disediakan. Kosa Kata yang Luas Koas kata Inggerisnya cukup luas meliputi British English dan American English dengan padanan serta penerangan dalam bahasa Melayu dan bahasa Cina. stilah serta kata kunci Matematik dan Sains dikutip daripada buku-buku teks KBSR Highlighter.aspx?DocId=150&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=1&hits=275+
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=83&VertSectionID=28&CurLocation=76&IID=&Page=1&PHPSESSID=e5805d8f0966082f2c0db2263fd104ab Majalah DBP - Dewan Bahasa Dan Pustaka 50 Singapura : S$6.00 Brunei Darussalam : B$6.00 Isi Kandungan : Menyorot perkembangan nilai, sikap dan pemikiran masyarakat. "Isu", "Profil", "Eksklusif", "Filem" dan "Seni" adalah antara ruangan tetap yang cukup menarik. Pembaca Sasaran : Pemikir budaya, golongan profesional dan intelektual, pemimpin masyarakat, peminat seni dan budaya, pendidik, pelajar pengajian tinggi dan menengah atas. DEWAN SASTERA Mula diterbitkan : Januari 1971 Terbit : Setiap Highlighter.aspx?DocId=78&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=1&hits=2e2+
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=1112&VertSectionID=25&CurLocation=25&IID=&Page=1&PHPSESSID=e5805d8f0966082f2c0db2263fd104ab Kamus Eleksis - Dewan Bahasa dan Pustaka Melayu dan bahasa Cina. Kuiz Kosa Kata Soalan-soalan ala-kuiz untuk menguji penguasaan kosa kata bahasa Inggeris yang lazimnya digunakan turut disediakan. Kosa Kata yang Luas Koas kata Inggerisnya cukup luas meliputi British English dan American English dengan padanan serta penerangan dalam bahasa Melayu dan bahasa Cina. stilah serta kata kunci Matematik dan Sains dikutip daripada buku-buku teks KBSR Highlighter.aspx?DocId=12&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=1&hits=276+

Kembali ke atas