Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lang.gang] | ݢلڠݢڠ

Definisi : 1. tempat menyabung ayam (bertinju, bermain sukan, dll); 2. medan perang (pertempuran, pertarungan, dsb); ~ perang medan perang; 3. lingkaran di sekeliling bulan (matahari, susu, luka, dll); 4. ki ruangan atau tempat perjuangan sesuatu bidang: institusi sastera terus menjadi ~ bertembung, berdialog, dan berdirinya pemikiran yg kritis; tak pernah masuk ~ bergong prb tercengang-cengang (kehairanan); bergelanggang 1. memakai gelanggang; 2. ki bertempur; 3. berlingkaran: air matanya mulai ~ di tepi matanya; ~ mata orang banyak prb sudah terang dan nyata sekali; menggelanggang mengadakan tempat utk menyabung ayam: hendak ~ tujuh hari lamanya, dan hendak memotong kerbau empat belas ekor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lang.gang] | ݢلڠݢڠ

Definisi : 1 lapangan tempat meng- adakan sesuatu pertandingan sukan dll. 2 medan peperangan. 3 lingkaran yg dpt dilihat di keliling bulan atau matahari dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelanggang

Puisi
 

Main sengat pantang dipegang,
     Main senduk bawa berlaga;
Main semangat berjuang gelanggang,
     Main meredah hujan tenaga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Berkokok di luar gelanggang,
     bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang.

Bermaksud :

Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Panduan Umum

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=83&VertSectionID=28&CurLocation=76&IID=&Page=1 Majalah DBP - Dewan Bahasa Dan Pustaka para pelajar dan remaja Malaysia yang unggul. Majalah ini bukan sahaja sumber ilmu dan maklumat, malah juga menjadi tempat para remaja meluahkan rasa hati dalam bentuk kreatif dan juga menjadi gelanggang karyawan muda mencanaikan kreativiti lalu mencipta nama dalam bidang kesusasteraan Pembaca Sasaran : Pelajar sekolah menengah dan golongan remaja. TUNAS CIPTA: Mula Diterbitkan : Jun 2001 Kekerapan Terbit : Setiap awal bulan Tebal Highlighter.aspx?DocId=214&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=1&hits=4bb+
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=83&VertSectionID=28&CurLocation=76&IID=&Page=1&PHPSESSID=e5805d8f0966082f2c0db2263fd104ab Majalah DBP - Dewan Bahasa Dan Pustaka para pelajar dan remaja Malaysia yang unggul. Majalah ini bukan sahaja sumber ilmu dan maklumat, malah juga menjadi tempat para remaja meluahkan rasa hati dalam bentuk kreatif dan juga menjadi gelanggang karyawan muda mencanaikan kreativiti lalu mencipta nama dalam bidang kesusasteraan Pembaca Sasaran : Pelajar sekolah menengah dan golongan remaja. TUNAS CIPTA: Mula Diterbitkan : Jun 2001 Kekerapan Terbit : Setiap awal bulan Tebal Highlighter.aspx?DocId=78&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=1&hits=4bc+

Kembali ke atas