Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. yg (kelihatan) di luar: kasih sayang yg ~; pd ~nya, ia sihat tetapi sebenarnya ia berpenyakit; ~ batin yg kelihatan dan yg tidak kelihatan, luar dalam, sepenuh hati; 2. berupa benda yg nyata, jasmani, maujud, keduniaan: perbezaan antara bentuk prosa dan puisi tidak terletak pd bentuk ~ sahaja, malahan pd batin; pengetahuan ~; 3. keluar dr kandungan (ibu dll), jadi, terbit: sejak dr ~nya lagi, dia bersifat begitu; hari ~ hari ketika seseorang itu diperanakkan; ~ mati (kanak­-kanak yg) mati ketika lahir; di ~ serupa tidak, di batin menggunting angin prb orang yg menyembunyikan tabiat yg sebenarnya (tidak jujur); yg ~ menunjukkan yg batin prb drpd gerak-geri dan tingkah laku seseorang itu ketahuan isi hatinya; melahirkan 1. mengeluarkan perasaan (per­kataan, fikiran, dll), meluahkan: yg penting pd pengarang ialah ~ berbagai-bagai perasaan sehingga pembaca tertarik kpd tulisannya; marahnya sekadar dlm hatinya sahaja, tidak dilahirkan; 2. mengeluarkan anak (dr kandungan), beranak, bersalin: ia hendak pulang ke kampung utk ~ anaknya di sana; 3. mengadakan, mendatangkan, menghasilkan, menyebabkan, mewujudkan: berlainan edisi akan ~ berlainan jalan cerita; terlahir 1. keluar (dr), terkeluar: sesuatu yg tidak direlakannya ~ dr mulut ibunya; 2. lahir (anak); kelahiran 1. perihal keluar dr kandungan ibu, lahirnya (anak): pd saat ~ anak itu, Sharifah Aini menangis lagi; 2. (sesuatu) yg berkaitan dgn perihal lahir: hari ~; 3. perihal keluar (terbit dsb), terhasilnya: sejambak bunga haruslah dihadiahkan kpd usaha gigih penyusunnya dan sekali gus kpd Dewan Bahasa dan Pustaka kerana telah memung­kinkan ~ antologi ini; dlm bulan April tahun ini, Jepun mengingati ~ Institusi Sekolah Pemerintahan dan Pengurusan Matsushita; pelahiran perihal atau perbuatan melahir­kan: ~ golongan-golongan tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 yg nampak di luar; yg nyata kelihatan; lw batin: Pd ~nya, ia baik hati tetapi batinnya siapa yg tahu. 2 keluar dr kandungan ibu: hari ~ hari ketika seseorang diperanakkan. 3 muncul; datang (ttg fahaman dsb); terbit (ttg majalah dsb): Apabila ~ agama Islam, berbagai-bagai perubahan telah berlaku dlm masyarakat jahiliah. melahirkan 1 mengeluarkan perasaan (fikiran, pendapat dll): Ahmad pandai ~ perasaan dan pendapatnya dlm cerpen-cerpennya. 2 mengeluarkan anak dr kandungan; bersalin: Isterinya baru saja ~ anak lelaki. 3 mengadakan; mewujudkan: Muawiyah telah ~ corak baru dlm pentadbirannya. kelahiran perihal lahir atau dilahirkan: ~ putera itu diiringi oleh kejadian-kejadian yg ganjil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lahir
1. Bersinonim dengan lahiriah
( luaran, nyata, maujud, jasmaniah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan terbit
( jadi, keluar, muncul, hidup, terpancar, menjelma, timbul, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : melahirkan, kelahiran, lahiriah,

Puisi
 

Jolok nangka di kampung hilir,
     Berselang kain ke pasar lama;
Jangan disangka pada yang lahir,
     Namun batin tak pernah sama.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bayang-bayang sepanjang badan (= tubuh).

Bermaksud :

Berpadanan dengan tenaga; yang lahir serupa dengan yang batin.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Panduan Umum

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=21&VertSectionID=7&CurLocation=7&IID=&Page=1 Rukun Budaya Korporat - Dewan Bahasa dan Pustaka Ibu Pejabat DBP Sewaan Ruangan DBP Tiada tatalan aktif untuk kumpulan ini myGovernment Universiti Utara Malaysia PEMUDAH MSC Malaysia Institut Integriti Malaysia RUKUN BUDAYA KORPORAT Semangat Dewan Bahasa dan Pustaka lahir daripada sejarah perjuangan untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Berdasarkan semangat inilah maka budaya korporat Dewan Bahasa dan Pustaka yang berikut pun berkembang, dan Highlighter.aspx?DocId=202&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=1&hits=210+
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=1107&VertSectionID=25&CurLocation=25&IID=&Page=1 Direktori Penulis Wilayah Utara - Dewan Bahasa dan Pustaka sekurang-kurangnya 10 karya yang pernah diterbitkan atau disiarkan juga layak untuk disenaraikan dalam direktori ini. Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara menaruh harapan yang tinggi agar para penulis yang lahir di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sumatera Utara dan Wilayah Selatan Thailand yang menepati kriteria yang ditetapkan seperti disebutkan di atas berhubung dengan pihak urus setia bagi membantu pihak Highlighter.aspx?DocId=144&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=1&hits=29c+
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=21&VertSectionID=7&CurLocation=7&IID=&Page=1&PHPSESSID=e5805d8f0966082f2c0db2263fd104ab Rukun Budaya Korporat - Dewan Bahasa dan Pustaka Ibu Pejabat DBP Sewaan Ruangan DBP Tiada tatalan aktif untuk kumpulan ini myGovernment Universiti Utara Malaysia PEMUDAH MSC Malaysia Institut Integriti Malaysia RUKUN BUDAYA KORPORAT Semangat Dewan Bahasa dan Pustaka lahir daripada sejarah perjuangan untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia. Berdasarkan semangat inilah maka budaya korporat Dewan Bahasa dan Pustaka yang berikut pun berkembang, dan Highlighter.aspx?DocId=66&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=1&hits=211+
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=1107&VertSectionID=25&CurLocation=25&IID=&Page=1&PHPSESSID=e5805d8f0966082f2c0db2263fd104ab Direktori Penulis Wilayah Utara - Dewan Bahasa dan Pustaka sekurang-kurangnya 10 karya yang pernah diterbitkan atau disiarkan juga layak untuk disenaraikan dalam direktori ini. Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara menaruh harapan yang tinggi agar para penulis yang lahir di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sumatera Utara dan Wilayah Selatan Thailand yang menepati kriteria yang ditetapkan seperti disebutkan di atas berhubung dengan pihak urus setia bagi membantu pihak Highlighter.aspx?DocId=6&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=1&hits=29d+
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1 Bimbingan berkarya-menulis skrip drama akan menghasilkan satu rangka kerja atau karya yang kukuh yang tidak mudah pecah. Tanpa asas yang kukuh akan hanya menghasilkan kekecewaan, kebuntuan atau yang sering dikatakan sebagai “writers block”. Kebuntuan lahir disebabkan tidak adanya perancangan. Tanpa perancangan, ia menyukarkan penulis mencari arah atau jalan yang betul dalam menghasilkan cerita. Tiga elemen yang cukup penting yang perlu diberikan tumpuan oleh penulis sebelum Highlighter.aspx?DocId=173&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=1&hits=52b+
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1&PHPSESSID=e5805d8f0966082f2c0db2263fd104ab Bimbingan berkarya-menulis skrip drama akan menghasilkan satu rangka kerja atau karya yang kukuh yang tidak mudah pecah. Tanpa asas yang kukuh akan hanya menghasilkan kekecewaan, kebuntuan atau yang sering dikatakan sebagai “writers block”. Kebuntuan lahir disebabkan tidak adanya perancangan. Tanpa perancangan, ia menyukarkan penulis mencari arah atau jalan yang betul dalam menghasilkan cerita. Tiga elemen yang cukup penting yang perlu diberikan tumpuan oleh penulis sebelum Highlighter.aspx?DocId=37&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=1&hits=52c+

Kembali ke atas