Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.hat] | ليهت

Definisi : pandang, tengok; salah ~ salah (silap) pandang; berlihat-lihatan saling memandang, berpan­dang-pandangan; melihat 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn mengguna­kan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; melihat-lihat melihat sesuatu secara santai, sambil lalu, bersenang-senang dsb: kemudian aku duduk sambil ~ apa yg terdapat di dlm bilik baginda itu; kami mengambil peluang utk ~ sekitar kawasan pondok yg menempatkan pelajar lelaki itu; melihati memerhati dgn teliti, memandang dgn sungguh-sungguh, mengamat-amati: panjat olehmu, lihati apa halnya mayang itu; melihatkan melihat akan, memandang kpd: ia berasa sedih ~ ibunya bekerja keras; memperlihatkan 1. menunjukkan supaya dilihat: Bonda Kandung mulai makan hati berulam jantung, makin tidak kuasa ~ muka kpd orang; 2. menampakkan, menunjukkan, mendedahkan kpd pandangan atau tanggapan orang: drpd raut mukanya, ternyata Tengku Aniah tidak ~ umurnya yg sebenar; dunia abad ke-20 ~ kemajuan ilmu yg sangat pesat; terlihat 1. = kelihatan boleh (dapat) dilihat, nampak: kesedihannya ~ nyata pd mukanya; semua perbezaan ini ~ melalui bahasa; 2. telah dilihat, diketahui: setelah ~ benda itu segera diambilnya; 3. terpandang dgn tidak sengaja, terpandang (bukan kerana niat utk memandang): ketika berpaling ~ padanya bagaimana orang yg duduk di sampingnya itu mengerling; lihatan apa yg dilihat: pengalaman yg di­tempuh dinyatakan melalui imej rasaan dan ~; ~nya dlm kegelapan itu berpusar dan terus berpusar; kelihatan 1. dapat dilihat, tampak: hari itu redup dan muram, matahari belum ~ sejak empat jam tadi; 2. = kelihatannya nampak­nya, pd lahirnya, rupanya: Datuk Empat Ujang ~ termenung; 3. diketahui, jelas, ternyata: ~ benar apa tujuannya; pelihatan, penglihatan 1. kuasa (panca­indera) utk melihat, kebolehan melihat: dia terpaksa berhenti drpd pekerjaannya atas nasihat doktor kerana ~ matanya rosak; 2. apa yg dipandang, pandangan: Hang Tuah ini pd ~ku bukan sebarang orang; 3. perihal melihat: tajamkanlah perasaan, ~ dan fikiran tatkala menghadapi musuh-musuh itu; pelihat orang yg pandai meramal atau menilik apa yg akan berlaku (terjadi dll); penglihat 1. = penglihatan kuasa (panca­indera) utk melihat; 2. orang yg pandai meramal (menilik dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.hat] | ليهت

Definisi : ; berlihat-lihatan saling memandang. melihat 1 nampak apabila memandang; tidak buta: Sejak kemalangan itu, dia tidak dpt ~ lagi. 2 menggunakan mata utk mengetahui (memandang, menengok): Mereka pergi ke Teluk Kemang utk ~ anak bulan. 3 menilik; meramalkan (nasib dll). 4 melawat orang sakit dll; menziarahi. melihatkan melihat akan; memandang kpd: Dia kasihan ~ anaknya yg sakit terlantar di hospital. memperlihatkan menunjukkan sesuatu supaya dpt dilihat; menayangkan wayang gambar dll: Murid-murid itu telah ~ tarian zapin kpd para pelancong. kelihatan 1 dpt dipandang atau dilihat: Anak bulan belum ~, jadi besok belum lagi kita berpuasa. 2 nampaknya; lahirnya; rupanya: Dia ~ takut dan cemas. 3 ternyata; diketahui; ketahuan: Sekarang sudah ~ siapa yg bersalah. penglihatan 1 kebolehan utk melihat: ~ yg tajam. 2 pancaindera utk melihat: ~nya sudah rosak. 3 apa-apa yg dilihat atau dipandang; pandangan: Pd ~ Abdullah, di situ ada orang menjual nasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Bunga cina tanaman Cina,
     Mari bungkus di atas kertas;
Lihat saya bena tak bena,
     Tak usah harap katakan lepas.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Berkata siang melihat-lihat,
     berkata malam mendengar-dengar.

Bermaksud :

Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang. (Bandingkan dengan: Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Panduan Umum

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.dbp.gov.my/intranet/main.php?Content=memberlogin Laman Intranet DBP Laman DBP Tukar Kata Laluan BURSA BURUH ELEKTRONIK KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA Rakam Masuk Nombor Staf Kata Laluan Soal selidik Adakah laman intranet berkesan sebagai agen penyebaran maklumat DBP? Ya Tidak Lihat Bancian Lepas Meja Bantuan Kaunter/Tempahan Peralatan Tel: 21487080 Aduan Kerosakan TMK Tel: 21488844 Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA. (Talian Umum)--Telefon Highlighter.aspx?DocId=139&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=1&hits=32+
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=551&VertSectionID=25&CurLocation=238&IID=&Page=1 Pangkalan Data Korpus - Dewan Bahasa dan Pustaka Kata Kunci (Bentuk Kata) Sesuatu bentuk kata boleh dicapai dengan menaipkan kata tersebut. Misalnya, capaian yang menggunakan kata kunci "kata" akan memaparkan semua kehadiran bentuk ini dalam sesuatu korpus teks. (Lihat contoh paparan skrin) b) Capaian melalui Kata Kunci serta simbol bebas " * " dan " ? " Pencapaian sesuatu bentuk kata boleh juga dilaksanakan dengan menggunakan kata kunci serta simbol bebas " * " dan " ? " (dengan " * " mewakili satu atau lebih aksara manakala " ? " mewakili satu aksara). Sebagai contoh, pencarian dengan kata kunci "*kata*" akan memaparkan bentuk-bentuk seperti "kata, "perkataan", "berkata" dan sebagainya. (Lihat contoh paparan skrin) Pencarian dengan kata kunci "b?t?l" akan memaparkan bentuk-bentuk seperti "botol", "batal", "betul" dan sebagainya. (Lihat contoh paparan skrin) Analisis Teks Sistem korpus ini juga Highlighter.aspx?DocId=164&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=3&hits=2ad+2e4+2f9+
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=551&VertSectionID=25&CurLocation=238&IID=&Page=1&PHPSESSID=e5805d8f0966082f2c0db2263fd104ab Pangkalan Data Korpus - Dewan Bahasa dan Pustaka Kata Kunci (Bentuk Kata) Sesuatu bentuk kata boleh dicapai dengan menaipkan kata tersebut. Misalnya, capaian yang menggunakan kata kunci "kata" akan memaparkan semua kehadiran bentuk ini dalam sesuatu korpus teks. (Lihat contoh paparan skrin) b) Capaian melalui Kata Kunci serta simbol bebas " * " dan " ? " Pencapaian sesuatu bentuk kata boleh juga dilaksanakan dengan menggunakan kata kunci serta simbol bebas " * " dan " ? " (dengan " * " mewakili satu atau lebih aksara manakala " ? " mewakili satu aksara). Sebagai contoh, pencarian dengan kata kunci "*kata*" akan memaparkan bentuk-bentuk seperti "kata, "perkataan", "berkata" dan sebagainya. (Lihat contoh paparan skrin) Pencarian dengan kata kunci "b?t?l" akan memaparkan bentuk-bentuk seperti "botol", "batal", "betul" dan sebagainya. (Lihat contoh paparan skrin) Analisis Teks Sistem korpus ini juga Highlighter.aspx?DocId=26&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=3&hits=2ae+2e5+2fa+
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=597&VertSectionID=25&CurLocation=25&IID=&Page=1 Kenal Kata - Dewan Bahasa dan Pustaka KATA DBP . Anda mungkin telah biasa menggunakannya namun kurang arif dengan makna dan kelas katanya, atau sama sekali tidak menyedari kewujudan kata-kata seperti ini. Sila klik butang ARKIB untuk lihat kenal kata yang telah dipaparkan. Kata : PROFESOR Frasa : Profesor adjung Kelas Kata : Kata Nama Takrif : Gelaran kehormat kepada profesional, tokoh korporat dan sebagainya yang mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dalam Highlighter.aspx?DocId=151&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=1&hits=230+
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=45&VertSectionID=25&CurLocation=25&IID=&Page=1 Kesantunan Bahasa Melayu - Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi tradisi ilmuah menyebut bahasa jenis tulisan sebagai genre. Genre-genre yang diperkatakan dalam buku ini adalah surat menyurat, iklan, berbagai-bagai jenis laporan dan mesej ringkas, yang biasanya kita lihat dalam pengurusan, pentadbiran dan media. Walaupun tiap-tiap satu genre itu berbeza dengan yang lain dari segi format, kepanjangan teks dan tujuan, tetapi ada peraturan sopan santun yang am bagi Highlighter.aspx?DocId=148&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=1&hits=2a2+
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=597&VertSectionID=25&CurLocation=25&IID=&Page=1&PHPSESSID=e5805d8f0966082f2c0db2263fd104ab Kenal Kata - Dewan Bahasa dan Pustaka KATA DBP . Anda mungkin telah biasa menggunakannya namun kurang arif dengan makna dan kelas katanya, atau sama sekali tidak menyedari kewujudan kata-kata seperti ini. Sila klik butang ARKIB untuk lihat kenal kata yang telah dipaparkan. Kata : PROFESOR Frasa : Profesor adjung Kelas Kata : Kata Nama Takrif : Gelaran kehormat kepada profesional, tokoh korporat dan sebagainya yang mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dalam Highlighter.aspx?DocId=13&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=1&hits=231+
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=45&VertSectionID=25&CurLocation=25&IID=&Page=1&PHPSESSID=e5805d8f0966082f2c0db2263fd104ab Kesantunan Bahasa Melayu - Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi tradisi ilmuah menyebut bahasa jenis tulisan sebagai genre. Genre-genre yang diperkatakan dalam buku ini adalah surat menyurat, iklan, berbagai-bagai jenis laporan dan mesej ringkas, yang biasanya kita lihat dalam pengurusan, pentadbiran dan media. Walaupun tiap-tiap satu genre itu berbeza dengan yang lain dari segi format, kepanjangan teks dan tujuan, tetapi ada peraturan sopan santun yang am bagi Highlighter.aspx?DocId=10&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cIndeksPanduanUmum&HitCount=1&hits=2a3+

Kembali ke atas