Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. seri, cahaya; 2. ki kebanggaan, keelokan, kemegahan, kemuliaan: menjadi ~ bangsa dan negara; bersemarak 1. berseri, bercahaya, gilang-gemilang: lampu-lampu neon bersemarak gilang-gemilang menerangi seluruh kota; 2. ki mulia, megah, meriah, gembira, dll: malam semakin ~, pasangan-pasangan menari terus; sejak itu ~lah nama Pak Wir dan ~ pula nama jawatannya; 3. bertambah besar, berkembang, menjadi-jadi: sbg api itulah ~ cintanya kepadaku; menyemarakkan 1. menjadikan berse­marak, menggembirakan, menyerikan: kalau ada pe-rayaan, Ramli pun dipanggil utk ~ perayaan tersebut; 2. membangkitkan semangat: bayang-an cita-cita yg indah akan ~ semangat; kesemarakan keadaan semarak: ~nya meluap-luap tanpa sebarang saluran utk diluahkan; penyemarakan perihal (proses dll) menye-marakkan; penyemarak orang atau sesuatu (faktor, unsur dsb) yg menyemarakkan: kemenangan ini merupakan ~ semangat yg sangat dicari-cari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : cahaya yg menambah ke­elokan sesuatu; seri: Dgn kehadiran tu­an, moga-moga bertambahlah ~ maj­lis kami ini. bersemarak 1 berseri; gi­lang-gemilang: Bandar Kuala Lum­pur ~ dgn hiasan lampu berwarna-warni. 2 ki kian berkembang (mulia, masyhur dsb). menyemarakkan 1 menjadikan berseri (indah, bercahaya dsb). 2 ki menjadikan lebih besar (mulia, masyhur dsb): Kebijaksanaan dan ketabahan pemimpin-pemimpin kita telah ~ nama Malaysia. penyemarak orang atau sesuatu (faktor, unsur dsb) yg menyemarakkan: Kemenangan ini merupakan ~ semangat supaya aku terus berkarya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semarak (kata nama)
1. Bersinonim dengan seri: cahaya, sinar, sorot kilauan, nur, kejernihan, kurrat, pendar, kilat, gemerlap, kilap,
Berantonim dengan kemalapan

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan keelokan, kebanggaan, kemegahan, kemuliaan, ketinggian, kebesaran, jah, seri, keindahan, kemasyhuran, kehormatan, keluhuran,
Berantonim dengan kehinaan

Kata Terbitan : bersemarak, menyemarakkan,


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
ฮึกห ้ าว [-haw] ว bertambah berani ฮึกเหิม [-hm] ว angguk ฮึกฮัก [-hak] ว tidak berpuas hati ฮึด [hd] ก bersemangat kembali ฮือ [h:] ก 1 mengerumuni ว 2 ber- semarak ฮุบ [hu p] ก 1 (ปลา) menangkap 2 (ทรัพย ์ สิน) merampas เฮ [he:] ก menyerbu: แฟนฟุตบอลเฮ เข ้ าไปหานักฟุตบอลคนนั้ น Peminat bintang bola sepak itu menyerbu ke arah pe- main

Kembali ke atas