Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
hidrogen peroksidahydrogen peroxideCecair likat yang tidak berwarna, takat beku - 0.4°C, takat didih 150.2°C, dan larut dalam air dan alkohol. Hidrogen peroksida sangat reaktif dan dapat bertindak sebagai agen pengoksidaan. Sebatian ini biasanya digunakan sebagai bahan antiseptik dan bahan peluntur.Menengah Rendah
garam ammoniumammonium saltGaram yang mengandungi ion NH4+ yang terbentuk daripada tindak balas peneutralan asid dengan ammonium hidroksida atau ammonia (NH3 ).Menengah Atas
kaloricalorieNilai tenaga yang diperoleh daripada makanan. 1 kalori tenaga haba bersamaan dengan 4.1840 joule.Menengah Rendah
fosfatphosphateGaram asid yang mengandungi unsur oksigen dan fosforus, iaitu PO43- .Menengah Atas
proses Sentuhcontact processProses industri untuk menghasilkan asid sulfurik, H2SO4 secara besar-besaran.Menengah Atas
larutan kuprum (II) sulfatcooper (II) sulphate solutionLarutan berwarna biru yang diperoleh dengan melarutkan hablur kuprum(II) sulfat di dalam air. Formulanya, CuSO4 .Menengah Atas
sebatian tak tepuunsaturated compoundSebatian organik yang mengandungi ikatan ganda dua dan/atau ikatan ganda tiga karbon-karbon. Contohnya, etena, C2H4.Menengah Atas
bintang raksasagiant starBintang yang mempunyai saiz yang besar berbanding saiz biasa. Contohnya, saiz garis pusat bintang raksasa ialah kira-kira sepuluh kali atau lebih daripada saiz garis pusat matahari yang dianggarkan 1.4 juta km.Menengah Rendah

Kembali ke atas