| kumpulan | group | Kelompok benda, orang dan haiwan yang mempunyai ciri yang sama. | Sekolah Rendah |
| kumpulan | group | Unsur-unsur yang mempunyai sifat kimia yang serupa dan membentuk turus tegak dalam jadual berkala. Contohnya, kumpulan gas adi dan kumpulan halogen. | Menengah Atas |
| kumpulan darah | blood group | Jenis darah yang boleh dikelaskan mengikut kehadiran atau ketidakhadiran antigen pada sel darah merah. Darah manusia terbahagi kepada empat kumpulan, iaitu A, B, AB dan O. | Menengah Rendah |
| kumpulan amino | amino group | Kumpulan berfungsi -NH2 yang merupakan ciri siri amina primer. | Menengah Atas |