| sistem suria | solar system | Sistem matahari dan jasad samawi seperti planet, satelit, asteroid, komet dan gugusan meteor yang bergerak mengelilinginya. | Menengah Rendah |
| sistem saraf | nervous system | Sistem yang terdiri daripada sel saraf yang membolehkan penyelarasan maklumat dari pelbagai sumber ke penerima dan menghasilkan gerak balas terhadap sesuatu rangsangan. Sistem ini terdiri daripada sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. | Menengah Rendah |
| sistem rangka | skeletal system | Sistem yang terdiri daripada tulang yang keras dan tisu penghubung yang berfungsi untuk menyokong badan organisma. | Menengah Rendah |
| sistem peredaran | circulatory system | Sistem yang mengandungi siri salur yang mengalirkan cecair. Contohnya, sistem peredaran darah dan sistem limfa. | Menengah Rendah |
| sistem pencernaan | digestive system | Sistem yang melibatkan pemasukan makanan ke dalam salur pencernaan, pemecahan molekul makanan dan penyerapan nutrien. | Menengah Rendah |
| sistem pembiakan | reproductive system | Sistem yang terlibat dalam proses pembiakan yang terdiri daripada organ seperti ovari, testis, uterus, faraj dan zakar. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| sistem endokrin | endocrine system | Sistem yang terdiri daripada kelenjar endokrin yang merembeskan hormon secara langsung ke dalam darah. | Menengah Rendah |
| sistem suria | solar system | Satu sistem yang terdiri daripada matahari sebagai pusat sistem dan unsur-unsur lain seperti planet, satelit semula jadi, asteroid, komet dan meteor. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| sistem sokongan | support system | Sesuatu ciri yang dapat membantu haiwan atau tumbuhan untuk terus hidup. Contohnya, cangkerang, rangka luar dan dalam pada haiwan, duri serta sulur paut pada tumbuhan. | Menengah Atas |
| sistem penghantaran | transmission system | Sistem yang digunakan untuk memindahkan isyarat. | Menengah Atas |