| angin suria | solar wind | Aliran zarah bercas yang bergerak keluar dari matahari yang bergerak dengan kelajuan antara 400 km/s hingga 500 km/s. | Menengah Rendah |
| angin | wind | Udara yang bergerak dengan halaju tertentu yang boleh dirasai melalui deria kulit tetapi tidak boleh dilihat. | Menengah Rendah |
| tenaga angin | wind energy | Tenaga yang dihasilkan daripada pergerakan angin. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| kompas | compass | Alat yang digunakan untuk menunjukkan arah mata angin. Kompas biasanya mempunyai skala bulat yang disenggat dalam unit darjah dan ditandai dengan mata angin utama, iaitu utara, selatan, barat dan timur. | Menengah Rendah |
| bersin | sneeze | Hembusan angin yang kuat melalui hidung dan mulut yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak disengajakan. | Sekolah Rendah |
| agen pendebungaan | pollinating agent | Faktor persekitaran seperti angin, serangga, air dan haiwan yang membantu memindahkan butir debunga dari anter ke stigma ketika proses pendebungaan. | Menengah Rendah |
| iklim | climate | Pola cuaca di sesuatu kawasan tertentu dari semasa ke semasa. Iklim dipengaruhi oleh angin, suhu dan taburan hujan, keamatan cahaya, topografi dan altitud. | Menengah Rendah |
| hakisan tanah | soil erosion | Proses pemecahan ketulan-ketulan tanah pada permukaan bumi dan pemindahannya ke tempat lain oleh air atau angin. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| sumber tenaga boleh diperbaharui | renewable energy source | Sumber tenaga yang boleh diganti semula apabila tenaga tersebut telah habis digunakan. Contohnya, tenaga suria, angin dan air. | Sekolah Rendah |
| pendebungaan | pollination | Proses pemindahan debunga dari anter ke stigma sebelum berlakunya persenyawaan dalam tumbuhan berbunga. Pemindahan ini biasanya berlaku dengan bantuan agen pendebungaan seperti serangga, angin dan air. | Menengah Rendah |