| kutub magnet | magnetic pole | Kawasan yang terletak pada hujung magnet kekal. Hujung magnet yang menghala ke utara disebut kutub utara dan yang menghala ke selatan disebut kutub selatan. Kutub yang berlainan menarik antara satu sama lain, manakala kutub yang sama menolak antara satu sama lain. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| Internet | Internet | Rangkaian komputer yang boleh menghubungkan antara satu sama lain untuk mendapatkan maklumat di seluruh dunia. | Menengah Rendah |
| jaringan makanan | food web | Rangkaian beberapa rantai makanan yang saling berkaitan antara satu sama lain dalam sesuatu ekosistem. | Menengah Rendah |
| ketakserasian | incompatibility | Ketidakupayaan sesuatu bahan seperti darah atau tisu badan untuk berinteraksi antara satu sama lain. Contohnya, darah daripada kumpulan B tidak boleh didermakan kepada individu daripada kumpulan O. | Menengah Rendah |
| pergerakan Brown | Brownian movement | Pergerakan secara rawak yang berlaku secara berterusan kerana zarah-zarah bergerak dan berlanggar antara satu sama lain. Gerakan Brown tidak terhad kepada pergerakan zarah gas sahaja tetapi juga berlaku pada cecair. | Menengah Rendah |
| gas | gas | Jirim yang zarahnya bergerak bebas secara rawak, terpisah antara satu sama lain, mengisi keseluruhan ruang bekas dan dapat dimampatkan dengan mudah. Daya tarikan antara zarah-zarah ini adalah sangat lemah. | Menengah Rendah |
| periskop | periscope | Alat optik yang terdiri daripada satu tiub yang panjang dengan dua cermin satah yang selari di antara satu sama lain dan bersudut 45° dengan arah penglihatan. Alat ini digunakan di dalam kapal selam untuk melihat objek di atas permukaan air laut. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| molekul kutub | polar molecule | Molekul yang mempunyai taburan cas yang sama, iaitu bahagian positif dan negatif. Molekul kutub menarik antara satu sama lain dan juga ion. | Menengah Atas |
| komuniti | community | Kumpulan tumbuhan dan haiwan yang berlainan spesies yang tinggal dalam habitat yang sama dan hidup saling bergantung antara satu sama lain. | Menengah Rendah |