| antigen | antigen | Protein atau karbohidrat asing pada patogen yang berupaya merangsang penghasilan antibodi. | Menengah Atas |
| faktor Rhesus | Rhesus factor | Antigen yang wujud pada permukaan sel darah merah pada kebanyakan manusia. Individu yang mempunyai antigen ini disifatkan mempunyai jenis darah positif seperti A+ atau B+. Individu yang tidak mempunyai antigen ini disifatkan mempunyai jenis darah negatif seperti A- atau B-. | Menengah Atas |
| pengaglutinatan | agglutination | Proses penggumpalan sel darah akibat tindakan antigen dan antibodi dalam darah. Sel darah merah bergumpal apabila darah daripada kumpulan darah yang berbeza dicampurkan. | Menengah Rendah |
| antiserum | antiserum | Serum darah dengan antibodi khusus untuk melawan antigen tertentu, yang digunakan untuk merawat atau melindungi seseorang daripada sesuatu penyakit. | Menengah Atas |
| kumpulan darah | blood group | Jenis darah yang boleh dikelaskan mengikut kehadiran atau ketidakhadiran antigen pada sel darah merah. Darah manusia terbahagi kepada empat kumpulan, iaitu A, B, AB dan O. | Menengah Rendah |
| antibodi | antibody | Protein yang dihasilkan oleh sel darah putih (limfosit) sebagai gerak balas terhadap antigen yang dihasilkan oleh patogen yang menyerang badan. | Menengah Atas |