| arus elektrik | current | Kadar pengaliran cas. Ia diukur dalam unit ampere (A). | Menengah Atas |
| ammeter | ammeter | Alat untuk menyukat arus elektrik. Dua jenis ammeter yang biasa digunakan ialah ammeter gegelung bergerak dan ammeter besi bergerak. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| penebat | insulator | Bahan yang tidak membenarkan arus elektrik atau haba mengalir melaluinya. Kebanyakan bahan bukan logam merupakan penebat yang baik. Contohnya, kaca. | Menengah Rendah |
| konduksi | conduction | Pemindahan haba atau pengaliran arus elektrik melalui sesuatu bahan. | Sekolah Rendah |
| wayar neutral | neutral wire | Wayar yang membawa arus elektrik dari rumah kembali ke stesen pencawang bahagian. Sarung penebat bagi wayar neutral berwarna biru. | Menengah Rendah |
| galvanometer | galvanometer | Alat untuk mengesan dan mengukur arus elektrik yang kecil. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| elektrolit | electrolyte | Sebatian kimia yang boleh mengalirkan arus elektrik dalam keadaan lebur atau larutan akueus. Contohnya, asid hidroklorik cair. | Menengah Rendah |
| suis | switch | Alat yang menghubungkan atau memutuskan arus elektrik. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| litar tertutup | closed circuit | Litar lengkap yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. | Menengah Rendah |
| konduktor | conductor | Bahan yang membolehkan tenaga haba atau arus elektrik melaluinya. Contohnya, dawai kuprum. | Menengah Rendah |