| kalsit | calcite | Kalsium karbonat yang terbentuk secara semula jadi, berbentuk hablur dan tidak berwarna. Kalsit merupakan bahagian utama batu kapur, batu marmar dan kapur. Formula CaCO3. | Menengah Rendah |
| otak | brain | Organ di bahagian dalam kepala yang mengawal pemikiran. Otak terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu serebrum, serebelum dan medula oblongata. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| akar adventitius | adventitious root | Akar yang tumbuh pada bahagian lain tumbuhan, selain akar utama, iaitu dari keratan batang atau daun. Contohnya, akar yang tumbuh pada buku di bahagian bawah batang, seperti pada tebu, atau pada daun setawar. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| kelenjar pituitari | pituitary gland | Kelenjar endokrin yang terletak di bahagian bawah hipotalamus yang dikenali sebagai kelenjar utama. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| xilem | xylem | Tisu tumbuhan yang mengangkut air dan garam mineral dari akar ke bahagian lain tumbuhan, dan merupakan tisu penyokong utama dalam tumbuhan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| xilem | xylem | Tisu tumbuhan yang mengangkut air dan garam mineral dari akar ke bahagian lain tumbuhan dan merupakan tisu penyokong utama dalam tumbuhan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| cermin cekung | concave mirror | Cermin yang mempunyai pemantul yang bentuknya melengkung ke dalam di bahagian tengahnya dan dapat memantulkan sinar selari dengan paksi utama menjadi sinar menumpu. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| cermin cembung | convex mirror | Cermin yang mempunyai permukaan pemantul yang bentuknya melengkung ke luar di bahagian tengahnya dan dapat memantulkan sinar selari dengan paksi utama menjadi sinar mencapah. Lihat Rajah | Menengah Atas |