| sulur | sucker | Pucuk baru yang berkembang dari bahagian pangkal atau akar pokok. Contohnya, sulur pada pokok pegaga. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| spesies penyesar | successor | Spesies baru organisma yang menggantikan spesies tertentu di dalam sesuatu habitat. | Menengah Atas |
| pucuk | shoot | Daun muda atau daun yang baru terbit di hujung ranting atau puncak anak pokok. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| zuriat | offspring | Hasil daripada proses pembiakan yang melahirkan organisma baru. Zuriat dikenali juga sebagai anak. | Sekolah Rendah |
| biji benih | seed | Biji yang ditanam atau disemai untuk menghasilkan pokok baru. Contohnya, biji benih jagung. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| teknologi | technology | Aplikasi pengetahuan saintifik yang meningkatkan kualiti hidup manusia melalui penciptaan baru. | Sekolah Rendah |
| transkrip RNA | RNA transcript | Salinan RNA di dalam nukleus yang menyalin maklumat untuk menghasilkan protein baru di dalam sel. | Menengah Atas |
| tisu meristem | meristematic tissue | Tisu tumbuhan yang pesat membahagi, dan dengan itu cepat menghasilkan sel atau tisu baru. Tisu ini terdapat di bahagian pertumbuhan aktif seperti tisu pucuk dan akar. | Menengah Atas |
| tindak balas kimia | chemical reaction | Perubahan kimia yang berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas bagi menghasilkan satu atau lebih bahan yang baru. | Sekolah Rendah |
| penyesaran | succession | Proses yang berlaku perlahan-lahan akibat perubahan bilangan individu bagi setiap spesies dalam sesuatu komuniti, atau akibat penempatan satu populasi spesies yang baru, yang beransur-ansur mengambil alih tempat penghuni asal. | Menengah Atas |