| biologi | biology | Kajian tentang benda hidup. Terdapat dua bidang asas biologi, iaitu zoologi (kajian tentang haiwan) dan botani (kajian tentang tumbuhan). | Menengah Rendah | 
			
				| organ | organ | Bahagian atau struktur sesuatu benda hidup untuk melakukan sesuatu fungsi khusus. Contohnya, ginjal dan peparu. | Sekolah Rendah | 
			
				| pertumbuhan | growth | Proses semula jadi yang dialami oleh benda hidup seperti pertambahan saiz dan perubahan bentuk. Lihat Rajah | Sekolah Rendah | 
			
				| keperluan asas | basic needs | Bahan asas yang diperlukan oleh benda hidup. Contohnya, makanan, tempat tinggal, air dan udara. | Sekolah Rendah | 
			
				| interaksi | interaction | Perhubungan yang aktif dan saling bergantungan antara benda hidup. | Sekolah Rendah | 
			
				| alam sekitar | environment | Keseluruhan keadaan, tempat atau kawasan yang didiami benda hidup. | Sekolah Rendah | 
			
				| benda hidup | living thing | Benda yang boleh bernafas, bergerak, berkumuh, bergerak balas terhadap rangsangan, membesar dan membiak. Contohnya, manusia, haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma. | Sekolah Rendah | 
			
				| hujan asid | acid rain | Hujan yang mengandungi gas berasid yang membahayakan benda hidup dan merosakkan bangunan. | Sekolah Rendah | 
			
				| kemandirian | survival | Perihal keupayaan benda hidup untuk meneruskan hidup dalam pelbagai keadaan. | Sekolah Rendah | 
			
				| habitat | habitat | Tempat tinggal semula jadi atau persekitaran bagi haiwan, tumbuhan atau benda hidup lain. Contohnya, habitat beruang kutub ialah di Kutub Utara. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |