Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bengkak

Puisi
 

Kalau hendak menangkap labi,
     Lehernya itu jangan dijerut;
Ulat yang menelan babi,
     Cacing pula bengkak perut.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Lain yang bengkak,
     lain yang bernanah;
lain yang untut,
     lain yang mengisut.

Bermaksud :

Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah). (Bandingkan dengan: Lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
goitergoitrePembesaran kelenjar tiroid yang menyebabkan bengkak di bahagian leher akibat kekurangan iodin dalam diet.Menengah Rendah
begukmumpsPenyakit yang disebabkan oleh virus, yang mengakibatkan demam dan bengkak pada kelenjar liur. Lihat RajahSekolah Rendah
radanginflammationKeadaan fizikal setempat yang memperlihatkan bahagian badan menjadi kemerah-merahan, bengkak, panas dan kesakitan yang lain, sebagai reaksi terhadap kecederaan atau jangkitan.Menengah Atas

Kembali ke atas