| komet | comet | Jasad cakerawala yang beredar mengelilingi matahari dan meninggalkan kesan ekor yang bercahaya. | Menengah Rendah |
| planet | planet | Sebarang jasad cakerawala yang beredar mengelilingi matahari atau bintang. | Menengah Rendah |
| planet | planet | Objek angkasa lepas yang beredar mengelilingi matahari pada orbitnya. Contohnya, Zuhal dan Musytari. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| bulan | moon | Satelit semula jadi bumi yang beredar mengelilingi bumi dan kelihatan lebih jelas pada waktu malam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| orbit | orbit | Laluan yang diikuti oleh planet semasa beredar mengelilingi matahari. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| asteroid | asteroid | Batuan dan logam yang berterbangan di angkasa lepas dan beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya sendiri. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |