| siratan makanan | food web | Gabungan beberapa rantai makanan. Contohnya, padi dimakan oleh burung pipit dan tikus. Burung pipit pula dimakan oleh ular manakala tikus dimakan oleh burung hantu dan ular. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| rantai makanan | food chain | Hubungan makanan antara hidupan dalam satu habitat. Contohnya, padi dimakan oleh burung pipit dan burung pipit dimakan pula oleh ular. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| burung | bird | Haiwan vertebrat yang berbulu, berparuh, berkaki dua, bertelur, berkepak dan biasanya boleh terbang. | Menengah Rendah |
| burung | bird | Haiwan yang berbulu pelepah, berparuh, berkaki dua, berkepak, bertelur dan umumnya boleh terbang. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| bulu pelepah | feather | Bulu yang melitupi badan burung dan haiwan dalam kumpulan unggas yang lain. Contohnya, bulu pelepah pada burung, ayam dan itik. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| sayap | wing | Bahagian pada badan burung atau serangga atau struktur buatan yang digunakan untuk terbang. | Sekolah Rendah |
| kepak | wing | Bahagian pada badan burung atau serangga yang digunakan untuk terbang.Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| amnion | amnion | Membran nipis yang menyelaputi embrio reptilia, burung dan mamalia. Amnion mengandungi cecair yang menyokong dan melindungi embrio atau fetus. | Menengah Rendah |
| paruh | beak | Muncung keras seperti yang terdapat pada mulut burung. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| vertebrat | vertebrate | Kumpulan haiwan yang mempunyai tulang belakang. Contohnya, ikan dan burung. | Menengah Rendah |