penyamaran | camouflage | Peniruan warna, bentuk atau rupa persekitaran oleh haiwan untuk mengelak daripada dikesan oleh pemangsa. Contohnya, warna cicak yang hampir sama dengan persekitaran dan warna labah-labah raksasa yang menyamai batang pokok. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
penjanaan semula | regeneration | Proses pembentukan semula tisu atau organ yang tercedera atau rosak sama ada pada tumbuhan atau haiwan. Contohnya, pembentukan semula ekor cicak yang terputus dan pertumbuhan dahan baharu pada pokok yang tercantas. | Menengah Rendah |
reptilia | reptile | Haiwan vertebrat berdarah sejuk yang mempunyai kulit keras dan bersisik kering, bernafas melalui paru-paru dan bertelur. Reptilia biasanya merupakan binatang yang menyusup dan merangkak. Contohnya, cicak, buaya dan ular. | Menengah Rendah |