| struktur beranalog | analogous structure | Struktur yang merujuk kepada persamaan dari aspek fungsi dan rupa bentuk, bukan dari sumber asalnya. Contohnya, persamaan struktur dan fungsi kepak serangga dengan kepak burung. Kedua-duanya mempunyai struktur dan fungsi yang sama tetapi berasal dari dua kumpulan haiwan yang berbeza. | Menengah Atas |
| mekanisme pernafasan | breathing mechanism | Mekanisme pertukaran gas oleh badan yang melibatkan kemasukan oksigen dari atmosfera ke dalam paru-paru dan pembebasan karbon dioksida dari paru-paru ke atmosfera. Mekanisme ini melibatkan penyedutan dan penghembusan udara keluar dari badan. | Menengah Rendah |
| meteor | meteor | Jasad dari angkasa lepas yang masuk ke ruang atmosfera bumi. Akibat geseran dengan zarah udara, meteor menjadi sangat panas, lalu terbakar dan menghasilkan cahaya. Meteor dikenali juga sebagai tahi bintang. | Menengah Rendah |
| faraj | vagina | Saluran dari uterus ke bukaan luar saluran genital wanita. | Menengah Rendah |
| ekologi | ecology | Satu dari cabang biologi yang mengkaji perhubungan antara organisma dengan organisma yang lain. | Menengah Rendah |
| lebar | width | Ukuran dari satu sisi ke sisi yang lain pada suatu objek. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| bergerak | move | Beralih dari satu tempat ke tempat yang lain. | Sekolah Rendah |
| kumbahan | sewage | Bahan buangan dari rumah,industri atau pertanian. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| depa | arm span | Ukuran dari hujung jari tangan hingga ke hujung jari tangan yang satu lagi dalam keadaan tangan direntangkan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| transpirasi | transpiration | Proses kehilangan air dari permukaan daun tumbuhan secara penyejatan. | Menengah Rendah |