| ulat sutera | silkworm | Ulat yang mengeluarkan benang untuk dijadikan sutera. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| spesimen | specimen | Tumbuhan, haiwan, bahan galian dan sebagainya yang dijadikan bahan contoh dalam kajian sains. | Menengah Rendah |
| mangsa | prey | Haiwan yang diburu oleh haiwan lain untuk dijadikan sumber makanan. Contohnya, tikus menjadi mangsa kepada ular. | Sekolah Rendah |
| teori | theory | Kumpulan konsep dan prinsip yang diterima umum untuk dijadikan panduan dan asas dalam menjalankan sesuatu penyelidikan. | Menengah Rendah |
| cerucuk | pile | Konkrit atau besi yang ditanam dalam tanah untuk dijadikan asas sesuatu bangunan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| petroleum | petroleum | Bahan mentah berbentuk minyak yang diperoleh dari dalam tanah untuk dijadikan petrol dan lain-lain. | Sekolah Rendah |
| hipertonik | hypertonic | Larutan yang mempunyai tekanan osmosis yang lebih tinggi daripada larutan lain yang dijadikan larutan piawai. | Menengah Atas |
| bahan awet | preservative | Bahan kimia yang ditambah ke dalam bahan makanan supaya tidak mudah rosak atau busuk. Contohnya, asid sorbik dijadikan pengawet keju dan asid benzoik merupakan pengawet makanan dalam tin. | Menengah Rendah |
| bahan awet | preservative | Bahan kimia yang ditambah ke dalam bahan makanan supaya tidak mudah rosak atau busuk. Contohnya, asid sorbik dijadikan pengawet keju dan asid benzoik merupakan pengawet makanan di dalam tin. | Menengah Atas |