| jatuh bebas | free fall | Gerakan suatu jasad yang dipengaruhi oleh berat (daya graviti) yang merupakan satu-satunya daya yang bertindak ke atasnya. | Menengah Atas |
| pemboleh ubah bergerak balas | responding variable | Pemboleh ubah yang dipengaruhi oleh pemboleh ubah dimanipulasikan. | Menengah Rendah |
| iklim | climate | Pola cuaca di sesuatu kawasan tertentu dari semasa ke semasa. Iklim dipengaruhi oleh angin, suhu dan taburan hujan, keamatan cahaya, topografi dan altitud. | Menengah Rendah |
| jisim | mass | Kuantiti jirim dalam sesuatu jasad. Jisim berbeza daripada berat kerana jisim tidak dipengaruhi oleh graviti. Jisim disukat dalam unit kilogram, kg. | Menengah Rendah |
| haiwan berdarah panas | warm blooded animals | Haiwan yang boleh mengekalkan suhu badan yang malar dan tidak dipengaruhi oleh suhu persekitaran. Contohnya, haiwan daripada kumpulan mamalia. | Menengah Rendah |
| adrenalina | adrenaline | Hormon yang dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal. Adrenalina terhasil daripada rangsangan sistem saraf yang dipengaruhi oleh keadaan cemas atau takut. | Menengah Atas |