| gonorea | gonorrhea | Penyakit yang disebarkan oleh perhubungan seks secara rambang oleh bakteria Neisseria gonorrhoeae. | Menengah Atas |
| virus imunodefisiensi manusia (HIV) | human immunodeficiency virus (HIV) | Sejenis virus yang disebarkan melalui cecair badan yang boleh melemahkan sistem imun dan menyebabkan penyakit AIDS. | Menengah Rendah |
| angsana | angsana | Pokok tinggi malar hijau yang berdaun lebat dan bunganya berwarna kuning. Angsana banyak tumbuh di negara kita dan kawasan Asia Tenggara. Buahnya kecil, ringan dan bersayap serta disebarkan oleh angin. Kayu angsana digunakan untuk membuat perabot. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |