| kanji | starch | Karbohidrat yang disimpan dalam tumbuhan. Kanji boleh didapati dalam beras, kentang atau roti. | Menengah Rendah |
| tenaga keupayaan | potential energy | Tenaga yang disimpan oleh sesuatu jasad disebabkan kedudukan atau keadaan sesuatu objek. | Menengah Rendah |
| prolaktin | prolactin | Hormon yang disintesiskan dan disimpan dalam kelenjar pituitari anterior, yang menggalakkan penghasilan susu selepas proses kelahiran, dan juga merangsang korpus luteum untuk merembeskan progesteron pada ovari. | Menengah Atas |
| hempedu | bile | Cairan alkali yang dirembeskan oleh hati disimpan dalam pundi hempedu dan dihantar ke duodenum untuk membantu proses pengemulsian, penghadaman dan penyerapan lemak. | Menengah Atas |
| air kencing | urine | Cecair yang dikumuhkan oleh ginjal. Air kencing disimpan di dalam pundi kencing. | Sekolah Rendah |
| hempedu | bile | Bendalir berwarna hijau yang dirembeskan oleh hati, berasa pahit dan disimpan dalam pundi hempedu untuk membantu membaurkan lemak semasa proses pencernaan makanan. | Menengah Rendah |
| bahan buangan | waste product | Bahan-bahan yang tidak dikehendaki dan tidak mahu disimpan. | Sekolah Rendah |
| pengawetan | preservation | Proses untuk mengawet bahan makanan supaya tidak mudah rosak dan boleh disimpan lebih lama. | Sekolah Rendah |
| pengetinan | canning | Proses mengawet bahan makanan dengan cara makanan dimasak pada suhu yang tinggi untuk membunuh mikroorganisma dan seterusnya disimpan di dalam tin kedap udara. | Sekolah Rendah |
| tindak balas cahaya | light reaction | Peringkat fotosintesis yang berlaku apabila tenaga cahaya diserap oleh klorofil dan berubah menjadi tenaga kimia yang disimpan di dalam ATP. | Menengah Atas |