| rantai makanan | food chain | Pemindahan tenaga sehala dari satu organisma ke organisma yang lain secara berturutan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| piramid makanan | food pyramid | Panduan pengambilan makanan sihat, berbentuk piramid yang dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk menunjukkan pengambilan kelas-kelas makanan yang disarankan. | Menengah Rendah |
| kerosakan makanan | food spoilage | Proses pereputan bahan makanan apabila diuraikan kepada bentuk yang lebih ringkas, mengakibatkan bahan makanan berubah warna, bau dan rasa. Kerosakan makanan disebabkan oleh tindakan bakteria dan kulat. | Menengah Rendah |
| jaringan makanan | food web | Rangkaian beberapa rantai makanan yang saling berkaitan antara satu sama lain dalam sesuatu ekosistem. | Menengah Rendah |
| siratan makanan | food web | Gabungan beberapa rantai makanan. Contohnya, padi dimakan oleh burung pipit dan tikus. Burung pipit pula dimakan oleh ular manakala tikus dimakan oleh burung hantu dan ular. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| rantai makanan | food chain | Hubungan makanan antara hidupan dalam satu habitat. Contohnya, padi dimakan oleh burung pipit dan burung pipit dimakan pula oleh ular. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| kerosakan makanan | food spoilage | Perubahan pada warna, rasa, bau dan tekstur makanan disebabkan oleh mikroorganisma. | Sekolah Rendah |
| keracunan makanan | food poisoning | Penyakit yang disebabkan oleh makanan yang kotor dan dicemari oleh mikroorganisma. | Sekolah Rendah |
| rantai makanan | food chain | Pemindahan tenaga daripada tumbuhan hijau (pengeluar) melalui satu urutan organisma. Satu organisma akan makan organisma di aras rantai makanan yang lebih rendah. Lihat Rajah | Menengah Atas |