| daya | force | Keupayaan untuk mengubah keadaan jasad yang pegun atau yang sedang bergerak dalam garisan lurus. Daya dapat memulakan, menghentikan dan juga mengubah bentuk dan arah gerakan. | Menengah Rendah |
| daya | force | Tolakan dan tarikan ke atas sesuatu objek yang memberi kesan. Daya membolehkan sesuatu objek bergerak, bertambah laju, berhenti bergerak, berubah bentuk dan bertukar arah. | Sekolah Rendah |
| daya magnet | magnetic force | Daya tarikan atau tolakan yang dialami oleh objek yang berada dalam medan magnet. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| daya graviti | gravitational force | Daya yang disebabkan oleh tarikan graviti. | Menengah Rendah |
| daya geseran | frictional force | Daya yang bertindak di antara dua permukaan yang bersentuhan. Daya ini bertindak dalam arah yang bertentangan. | Menengah Rendah |
| daya apung | buoyant force | Daya tolakan ke atas yang membolehkan sesuatu jasad yang terendam di dalam bendalir dapat terapung. | Menengah Rendah |
| daya geseran | frictional force | Daya yang menentang arah gerakan sesuatu objek, memberhentikan atau memperlahankan objek. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| daya seimbang | balanced force | Daya-daya yang bertindak ke atas objek atau sistem yang menghasilkan daya paduan sifar. | Menengah Atas |
| daya paduan | resultant force | Daya tunggal yang dihasilkan oleh hasil tambah secara vektor dua atau lebih daya yang bertindak ke atas sesuatu objek. | Menengah Atas |
| daya lekitan | cohesion force | Daya tarikan antara molekul yang sama, seperti molekul air. | Menengah Atas |