| bahan api | fuel | Bahan yang digunakan untuk menghasilkan tenaga haba secara pembakaran. | Menengah Rendah |
| bahan api | fuel | Bahan yang boleh dibakar untuk mendapatkan tenaga dan wujud sama ada dalam bentuk pepejal seperti arang batu, cecair seperti petroleum, atau gas seperti gas asli. | Sekolah Rendah |
| bahan api fosil | fossil fuel | Bahan api daripada fosil, iaitu sisa-sisa haiwan dan tumbuhan purba yang tertimbus beribu-ribu tahun yang lalu. Contoh bahan api fosil ialah petroleum, arang batu dan gas asli. | Menengah Rendah |