| imej | image | Bayangan sesuatu objek yang dihasilkan apabila cahaya merambat melalui kanta atau dipantulkan oleh cermin atau alat-alat optik lain. | Menengah Rendah |
| imej | image | Gambar objek yang sebenar dan dapat dilihat oleh mata melalui cermin atau kanta. | Sekolah Rendah |
| imej | image | Bayangan sesuatu objek yang dihasilkan apabila cahaya merambat melalui kanta atau dipantulkan oleh cermin atau alat-alat optik yang lain. | Menengah Atas |
| imej nyata | real image | Imej yang boleh terbentuk di atas skrin. | Menengah Atas |
| imej maya | virtual image | Imej yang tidak boleh terbentuk di atas skrin. | Menengah Atas |
| jarak imej | image distance | Jarak antara imej dengan pusat kanta atau kutub cermin. | Menengah Atas |
| pembesaran | magnification | Nisbah saiz imej kepada saiz objek atau panjang imej kepada panjang objek. | Menengah Atas |
| Belantik | Orion | Sekumpulan bintang yang kedudukannya membentuk imej seperti pemburu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| teleskop | telescope | Peranti optik yang digunakan untuk melihat imej objek yang jauh seperti planet dengan membesarkan sudut penglihatan objek tersebut. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| kanta pembesar | magnifying glass | Kanta yang digunakan untuk menghasilkan imej maya yang kelihatan lebih besar daripada objek yang sebenar. | Menengah Rendah |