| penularan | transmission | Perpindahan patogen yang mengakibatkan penyakit daripada seseorang individu kepada individu yang lain, sama ada secara langsung atau tidak langsung. | Menengah Atas |
| pendermaan darah | blood donation | Proses apabila seorang individu mendermakan darahnya kepada individu lain yang biasanya dilakukan secara sukarela. | Menengah Rendah |
| faktor Rhesus | Rhesus factor | Antigen yang wujud pada permukaan sel darah merah pada kebanyakan manusia. Individu yang mempunyai antigen ini disifatkan mempunyai jenis darah positif seperti A+ atau B+. Individu yang tidak mempunyai antigen ini disifatkan mempunyai jenis darah negatif seperti A- atau B-. | Menengah Atas |
| mutan | mutant | Individu yang mengalami mutasi. | Menengah Atas |
| populasi | population | Kumpulan individu sesuatu spesies yang sama (haiwan atau tumbuhan) yang terdapat di habitat tertentu. | Menengah Rendah |
| kepadatan | density | Bilangan individu purata sesuatu spesies per unit luas kawasan. | Menengah Atas |
| penerima universal | universal recipient | Individu yang berdarah jenis AB daripada sistem kumpulan darah ABO, yang dapat menerima semua jenis darah tanpa mengalami sebarang kesan bahaya kepada dirinya. | Menengah Rendah |
| penderma universal | universal donor | Individu yang berdarah jenis O daripada sistem kumpulan darah ABO, yang boleh mendermakan darahnya kepada penerima yang mempunyai sebarang jenis darah tanpa memberi kesan bahaya kepada penerima tersebut. | Menengah Rendah |
| pembiakan | reproduction | Proses menghasilkan individu baharu bagi memastikan sesuatu spesies tidak pupus. | Menengah Rendah |
| kekerdilan | dwarfism | Keadaan saiz individu yang lebih kecil daripada normal, akibat kerencatan pertumbuhan yang mungkin berpunca daripada kekurangan beberapa hormon. | Menengah Atas |