| ventrikel | ventricle | Ruang yang terdapat pada jantung vertebrata. Ventrikel jantung menerima darah dari atrium, dan mengepamnya ke luar, ke seluruh tubuh melalui arteri. | Menengah Atas |
| degupan jantung | heartbeat | Rentak pengecutan otot ventrikel kiri jantung yang dapat dirasai oleh arteri. | Menengah Rendah |
| kadar denyutan jantung | rate of heartbeat | Kadar degupan jantung bagi setiap unit masa, biasanya dalam minit. Kadar ini berasaskan jumlah pengecutan ventrikel. | Menengah Atas |
| jantung | heart | Organ berotot yang berfungsi mengepam darah ke seluruh bahagian badan. Jantung terbahagi kepada empat ruang yang dikenali sebagai atrium kiri dan kanan, dan ventrikel kiri dan kanan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| atrium | atrium | Ruang pada jantung yang menerima darah dari vena masuk ke ventrikel. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| sistole | systole | Fasa atau tempoh pengecutan jantung. Sistole atrium melibatkan pengecutan atrium untuk menghantar darah ke dalam ventrikel. Sistole ventrikel pula melibatkan pengecutan ventrikel untuk menghantar darah ke seluruh badan. | Menengah Atas |
| atrium | atrium | Dua ruang yang terdapat dalam jantung manusia yang menerima darah dari vena. Pengecutan atrium menyebabkan darah tertolak ke dalam ventrikel. Dinding atrium lebih nipis dan saiznya lebih kecil berbanding ventrikel. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| vena | veins | Saluran yang membawa darah ke jantung. | Menengah Atas |
| diastole | diastole | Fasa atau tempoh rehat otot jantung. Sewaktu fasa ini, atrium dan ventrikel diisi dengan darah. | Menengah Atas |
| arteri | artery | Salur darah yang mengalirkan darah dari jantung ke seluruh tubuh. Dinding salur ini tebal dan mempunyai tiga lapisan yang terdiri daripada endotelium (lapisan paling dalam), otot licin dengan tisu elastin (lapisan tengah yang tebal) dan gentian kolagen (lapisan luar yang nipis). Lihat Rajah | Menengah Rendah |