| karbohidrat | carbohydrates | Kumpulan sebatian organik yang terdiri daripada unsur-unsur karbon, hidrogen dan oksigen yang membekalkan tenaga dalam badan. | Menengah Rendah |
| kanji | starch | Karbohidrat yang disimpan dalam tumbuhan. Kanji boleh didapati dalam beras, kentang atau roti. | Menengah Rendah |
| polisakarida | polysaccharide | Karbohidrat yang mempunyai berat molekul yang tinggi, yang terbentuk daripada kondensasi banyak unit monosakarida. | Menengah Atas |
| antigen | antigen | Protein atau karbohidrat asing pada patogen yang berupaya merangsang penghasilan antibodi. | Menengah Atas |
| monosakarida | monosaccharide | Sejenis gula ringkas daripada karbohidrat. Contohnya, glukosa, fruktosa dan galaktosa. | Menengah Atas |
| glikoprotein | glycoprotein | Protein yang bergabung dengan karbohidrat. | Menengah Atas |
| gizi seimbang | balanced diet | Gizi yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, galian, garam mineral dan air untuk memastikan kesihatan yang baik. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| penapaian | fermentation | Proses penguraian bahan organik oleh mikroorganisma secara anaerob. Karbohidrat atau gula diuraikan menjadi tenaga, alkohol dan karbon dioksida. | Menengah Rendah |
| diet seimbang | balanced diet | Komposisi kelas makanan yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas mengikut nisbah yang betul bagi memenuhi keperluan individu. | Menengah Rendah |
| zat makanan | nutrient | Bahan yang diperoleh daripada makanan seperti protein, karbohidrat yang diperlukan oleh badan untuk pertumbuhan dan pelaksanaan fungsi badan yang sempurna. | Sekolah Rendah |