| kepingan konkrit | concrete slab | Bahan keras dan kukuh untuk membina rumah atau bangunan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| jalur dwilogam | bimetallic strip | Kepingan yang dibentuk daripada cantuman dua logam yang mempunyai kadar pengembangan yang berbeza. Perbezaan ini menyebabkan kepingan ini membengkok apabila dipanaskan. | Menengah Rendah |
| kasa dawai | wire gauze | Kepingan dawai halus yang digunakan untuk menyeragamkan haba api penunu Bunsen. | Menengah Rendah |
| akumulator | accumulator | Sejenis sel kimia yang boleh dicas semula. Akumulator terdiri daripada kepingan plumbum yang dicelup ke dalam larutan asid sulfurik cair. Contohnya, bateri kereta. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| boleh tempa | malleable | Sifat bahan pepejal seperti aloi yang dapat diketuk menjadi kepingan nipis. | Menengah Atas |
| boleh tempa | malleable | Perihal sifat bahan pepejal seperti logam yang dapat diketuk menjadi kepingan nipis. | Menengah Rendah |
| diafragma | diaphragm | 1. Tisu yang terdiri daripada otot dan tendon yang memisahkan rongga toraks daripada rongga abdomen mamalia. 2. Alat yang diperbuat daripada getah lembut atau silikon yang dapat menghalang kemasukan sperma, yang digunakan sebagai pencegah kehamilan pada wanita. 3.Kepingan plat tipis yang mengawal kemasukan cahaya, seperti dalam kamera. | Menengah Atas |